Resepi Terung Ikan Bilis Cili Api

Khamis, Mac 31, 2022

Tercari-cari idea masakan menggunakan terung? Boleh cuba resepi ringkas yang saya kongsikan ini. Mudah sahaja membuatnya. Waktu makan, pasti bertambah nasi. Juadah terung ikan bilis cili api ni meriah dengan rasa. Ada masin, ada pedas dan ada masam. Masin ikan bilis, pedas cili api dan masam air asam jawa - kombinasi rasa ketiga-tiga bahan memang best!

Jom tengok resepi!

Terung Ikan Bilis Cili Api


Resepi Mudah Terung Ikan Bilis Cili Api

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 biji terung bulat, dipotong, digoreng dengan sedikit minyak sehingga lembut, kemudian ketepikan. Jika hendak guna terung panjang pun tiasa masalah. Ikut apa yang ada ya.
  • segenggam kecil ikan bilis, dibersihkan, dibasuh lalu dituskan
  • 1 biji bawang besar, dihiris. Jika suka banyak bawang, lebihkan.
  • 5 ulas bawang putih, dihiris atau dicincang halus
  • segenggam cili api, ditumbuk separa lumat
  • 1/4 cawan air asam jawa. Penggunaan asam jawa agak-agak sahaja tau. Rasa hendak lebih masam atau lebih berkuah, tambahlah lagi air asam jawa
  • garam hanya jika perlu kerana kita sudah ada masin ikan bilis
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng terung dan menumis

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan kuali. Masukkan 3 sudu besar minyak masak. Goreng ikan bilis buat seketika.
  2. Kemudian, masukkan bawang putih diikuti dengan bawang merah. Tumis hingga naik bau.
  3. Seterusnya, masukkan pula cili api yang telah ditumbuk. Tumis semuanya hingga masak. Pada peringkat ini boleh juga letak sedikit belacan untuk menambahkan kelazatan dan potong rasa pedas cili api. Saya tidak guna sebab memang suka pedas.
  4. Akhir sekali, barulah dimasukkan terung goreng, sedikit air asam jawa (ikut cita rasa) dan jika perlu perasakan dengan sedikit garam. 
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba! 😊

27 ulasan

  1. Memang sedap terung dimasak begini :)

    BalasPadam
  2. Sebenarnya saya tak pernah merasa terung. Tak tau bagaimana rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang rumah makan tak? Suatu hari Fairus kena cuba rasa. Mana tahu kena dengan selera.

      Padam
  3. Sedap ni. Simple dan sedap! Buat bersahur pun dari ngantuk boleh buntang mata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Waktu sahur lauk nilah yang boleh buka selera :)

      Padam
  4. resipi yang senang dan sedap! Suka sangat makan menu ni on weekend.

    BalasPadam
  5. walaupun tak suka terung sangat, tapi sebab puasa teliur jugaklah. dah boleh start take note menu nak masak apa. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak suka terung gantikan dengan kentang, Sal. Hahahah betul! Puasa-puasa ni kan... semua terliur :)

      Padam
  6. nanti boleh la cuba. skrg masih ada idea lg nk memasak. hehee

    BalasPadam
  7. menu paling sedap.. Makan pula waktu sahur.. best..

    BalasPadam
  8. Suka lauk terung tapi yang peliknya saya suka terung panjang ungu je. Jenis bulat saya tak makan. Pelik kan. Terung kalau masak ikan bilis cili api memang sedap. Berselera makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi memang pelik. Fiza suka terung panjang je ye... akak balun semua :)
      Betul tu, dik. Terung cili api ni kalau jadi lauk memang bertambah-tambah selera!

      Padam
  9. saya bayangkan dapat mkn ni dgn ikan masin fuhhhh

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.