Egg untuk Ayah yang Eggcellent

Isnin, Julai 04, 2022

Assalamualaikum.

Ini sebenarnya aktiviti cuti sekolah awal bulan lepas untuk anak-anak cilik yang saya ajar. Kad telur mata sapi khusus buat ayah bersempena dengan sambutan hari bapa. Mereka hasilkan secara berperingkat. Setiap kali kelas bersama saya, 5 - 10 minit terakhir setelah kerja berjaya disiapkan, kami sambung dengan buat kad. Alhamdulillah, sempatlah kad masing-masing siap untuk diserahkan kepada ayah pada 19 Jun.

You’re An Excellent Father!

Idea dari Pinterest

Tidak silap saya, saya dapat idea kad telur mata sapi atau mata lembu ni (omputih panggil one sunny side up egg 😊) semasa jalan-jalan cuci mata di Pinterest. Tetapi, kad tersebut lebih kepada bentuk doodle. Untuk anak-anak murid saya, kita pelbagaikan sedikit prosesnya - ada bahagian kena lukis, kena warna, gunting, tampal dan koyak. Sambil-sambil buat kad hari bapa, dapatlah menguatkan lagi skil motor halus mereka.

Cara Buat Kad Telur Mata untuk Ayah

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kad ini tidak banyak.
  • Kad atau kertas keras berwarna putih. Saya gunakan buffalo card 180gsm bersaiz A4. Potong kepada dua bahagian dan setiap potongan dilipat menjadi dua. Jika tiada kad atau kertas keras, guna kertas manila atau kertas lukisan pun boleh.
  • Untuk buat permukaan putih telur saya guna kad manila manakala kertas berwarna kuning untuk bahagian kuning telur.
  • Mata - saya guna pelekat mata. Jika tiada, lukis mata pakai pensel warna sudah memadai.
  • Sedikit gam
  • Pen, pensel atau pensel warna

  1. Mulakan dengan buat kad dasar terlebih dahulu. Langkah ini saya yang laksanakan. Mereka terlalu kecil dan berisiko untuk gunakan paper cutter dan scorer. Jadi, saya siapkan awal-awal.
  2. Setelah itu, saya berikan setiap seorang potongan kertas manila yang saiznya tidak lebih daripada kad dasar tadi. Lukis telur mata dan warnakan garis luarnya. 
  3. Seterusnya, teknik kolaj untuk kuning telur. Koyak-koyakkan kertas kuning dan tampal di atas permukaan putih telur untuk membentuk bulatan kuning telur. Sesudah kolaj mengering, kita serikan dengan pelekat mata. Lukis mulut dan buat outline di keliling kuning telur.
  4. Setelah itu, telur mata dipotong mengikut garis luar yang telah dibuat barulah ditampal di atas kad dasar. Tetapi, sapuan gam tidak sepenuhnya, hanya pada bahagian tengah telur. Jadi, tidaklah telur mata tersebut melekat rata di atas kad. Adalah bahagian tepi yang terangkat sedikit. Jika mahu kesan yang lebih bersifat 3D, timbul atau terangkat sedikit, boleh tampal telur menggunakan foam tape

Selesai buat bahagian hadapan atau luar kad, mereka guna kreativiti masing-masing untuk tulis sentimen You're An EGGcellent DADDY/FATHER dan hias bahagian dalam kad pula. Semasa ini seronoklah main pelekat! 

Mudah sahaja, bukan? Maaflah, saya tidak sempat ambil gambar pembuatan kad langkah demi langkah untuk buat tutorial kraf kertas yang lengkap.

Di bawah ini hasilnya:










Bukan Hanya untuk Bapa

Kad telur mata sapi ini tidak semestinya dijadikan kad untuk bapa. Sesuai juga andai diberikan kepada ibu, guru atau kawan-kawan untuk keraian lain. Tukar sahaja frasa EGGcellent DAD kepada EGGcellent MOM, EGGcellent TEACHER atau EGGcellent FRIEND! 😊 Sudah tentu yang menerima kelak akan rasa dihargai dapat telur istimewa.


15 ulasan

  1. so comei....eggcelent sgt! i masuk bab fathers day ni.. emo ckt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. I feel you, Ayu. Arwah tetap eggcellent dan tetap di hati Ayu dan anak-anak.

      Padam
  2. comel dan kreatif semuanyaa :)

    BalasPadam
  3. Aduh.. Comel sangat kad telur mata sapi ini.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel, kan? Geram tengok macam-macam bentuk hahaha

      Padam
  4. alahai comelnya! blh buat dgn sofia ni.. msti dia suka.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa... nanti boleh ajak Sofia buat bila dia dah boring membaca dan mewarna :)

      Padam
  5. Tersenyum para bapak-bapak dapat kad comel macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah kalau bapak-bapak senyum... rehat jap dari fikir barang naik :)

      Padam
  6. Balasan
    1. Happy budak-budak ni buat kad telur, Ciknur :)

      Padam
  7. Balasan
    1. Cute, kan? Saya masa nampak kad ni terus pasang niat nak buat dengan budak-budak :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.