Assalamualaikum. Salam 1 Julai. Selamat memulakan bulan baharu! Bab ke-7 untuk kisah 2022 kita. Moga Julai bulan yang indah, yang menyenangkan buat kita semua. Hari ini juga 1 Zulhijjah. Mudah-mudahan 30 hari yang mendatang dapat kita lalui dengan tenang, dipenuhi dengan melakukan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat.
Sebenarnya, dua tiga hari ini saya dan Bott teringin hendak makan lepat pisang tetapi masing-masing malas keluar rumah pergi beli di gerai menjual sarapan di kawasan rumah kami.
Kebetulan ada beberapa sisir pisang di dapur. Terdetiklah hati ini nak buat lepat pisang. Bukan main teruja lagi saya nak melepat. Pisang ada, tepung dan bahan-bahan lain ada, daun pisang boleh minta kat Nenek P, ambil kat pokok sebelah pagar ... eh, kepala parut?
Saya nak makan lepat pisang yang adunannya letak kelapa parut banyak-banyak. Kelapa parut tiada. Jadi kena keluar pergi kedai. Lepas tu fikir yang kena keluarkan kukusan baharu. Alat pengukus masih berbalut rapi dalam kotak. Eh, makin banyak pula prosesnya! Makin berat malas kami. Last-last, saya dengan Bott ketawa terbahak-bahak. "Who are we kidding? Nak buat lepat konon! Kita bertahan sampai rajin kita sampai!" Setakat untuk kami berdua makan, nanti beli jelah di kedai.
Lepat Pisang Cukup Rasa
Lepat pisang idaman kalbu 😁 |
Ubi Kayu Rebus
Ubi kayu rebus makan dengan gula perang dan kelapa parut. |
Ini hidangan minum petang kami. Bancuh kopi O panas satu teko, cubit ubi kayu sikit, gula dan kelapa parut sikit, tak berhenti suapan kami sampailah ubi habis.
Saya memang suka ubi kayu rebus. Selain itu, saya juga suka ubi rebus yang digoreng. Lagi-lagi kalau goreng berempah! Itu lagilah tak berhenti mulut mengunyah dibuatnya. Ubi kayu yang sudah direbus sehingga empuk digaul rata dengan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk atau dikisar, sedikit serbuk jintas manis, serbuk ketumbar, serbuk kunyit dan garam. Kemudian, ubi digoreng jeluk (deep fry) sehingga bahagian luarnya garing. Sedap sangat! Rangup di luar, empuk berlemak di dalam.
Sambil minum petang, saya layan episod baharu She Was Pretty lakonan Aiman Hakim Ridza dan Diana Danielle. Not bad jugalah cerita tu. Line up pelakon pun semua best! Nak tengok Diana Danielle comot dan cuba diburukkan tetapi tetap nampak cantik, dalam cerita nilah. 😄 Saya dah tengok versi Korea sebelum ini. Bolehlah bandingkan dengan versi Malaysia pula.
Kalian sudah minum petang? Makan apa petang ni?
Selamat berhujung minggu!
Salam Jumaat masih di office tunggu yang menjemput so makan asam je hahhaaa...
BalasPadamMrs. A pun baru je layan She Was Pretty Malaysia ni memang menarik sangat versi Korea tak pernah tengok lagi
Menarik, kan? Nanti kalau bosan-bosan, bolehlah Mrs A cuba tonton versi Korea pula. Ada kat Viu :)
Padamdua-dua ammi suka..
BalasPadamubi rebus pastu goreng indian style pun best...rindunya rasa ngendeng2 sebelah arwah mama mintak dia buatkan
Tertarik pula saya bila Ammi cerita tentang ubi rebus goreng Indian style. Berempah juga ke? Nanti kena berguru dengan Ammi ni.
PadamMemori yang menggamit rindu ... al-Fatihah buat arwah mama Ammi.
Sukanya lepat pisang. Ni makanan tradisional dulu2 ni .. Sedap .
BalasPadamAkak kalau dapat lepat pisang memang tak pernah tolak hahaha
PadamUbi rebus tu kegemaran sangat.
BalasPadamBest kan, PC! Lagi-lagi kalau makan time panas-panas.
Padamdulu2 suka lepat pisang.. skrg dh krng mkn..
BalasPadamsedap!
Sekarang susah nak cari orang jual lepat pisang sedap huhuhu
PadamBestnya lepat pisang. Dulu selalu mkn yg tak de kelapa. Bila dtg KL terkejut bila mkn kat tengah tu ada kelapa. 😌
BalasPadamHehehe lepat pisang kat pantai timur memang tak letak kelapa kan...
PadamSha suka ubi kayu rebus dengan kelapa dna gula tu.. Kalau ada sambal bilis lagi mengancam.. hehehe..
BalasPadamFuhh! Dua-dua best! Dua-dua akak akan makan banyak hahaha
PadamSuka jugak lepat pisang. Beria saya baca cerita ingatkan sungguh kak Farrah dan Bott melepat.
BalasPadamHahaha dapat markah kesungguhan mula-mula tu je... lepas tu kandas di tengah jalan!
Padamdua2 kesukaan ni.
BalasPadamlamaa.x mkn lepat pisang sedapp.
lepat pisangg dulu blk kg je mesti ajak arwah mak.buat. ciknur suka.mkn yg inti kelapa putih buh lebih sikit.
Beli selalu x sedapp huhuu
Betul, Ciknur. Memang sedap kalau inti kelapanya mewah, kan? Sekarang ni susah nak cari lepat pisang inti kelapa yang sedap. Lepat pisang biasa pun, tepungnya yang lebih... pisang dah tak rasa dah. Kalau nak puas hati kenalah buat sendiri hehehe
Padamhu hu hu hu... syok ni!
BalasPadammakanan zaman dolu yg evergreen.
couple with kopi o. always sesuai la kan.