Pernah atau tidak kalian makan beriani udang? Baru-baru ini, saya berpeluang menikmati beriani udang. Tahu tak, sebelum ini saya hanya makan beriani ayam, daging ataupun kambing sahaja. Tidak tergerak hati langsung untuk mencuba beriani udang meskipun kadang-kadang pilihan tersebut tersedia di hadapan mata.
Nasi Beriani Udang |
Yogurt raita merupakan hidangan sampingan (side-dish) bersos atau kuah putih daripada yogurt yang mengandungi hirisan timun, bawang, daun pudina dan daun ketumbar. Memang sesuai dimakan dengan nasi beriani kerana elemen sejuk bahan-bahan raita ini sangat menyegarkan. Bolehlah seimbangkan rasa pedas berempah beriani. Andai tidak dapat bayangkan, cuba google ya.
Mor milagai (sun dried chillies atau curd chillies) pula cili yang direndam dalam yogurt kemudian dijemur di bawah matahari sehingga kering. Ini memang kegemaran saya. Dahulu, ada seorang teman sekolah berbangsa India yang ajar saya makan. Menurutnya curd chillies ada banyak manfaat untuk kesihatan - elok untuk paru-paru, bantu pencernaan dan kawal tahap kolestrol.
![]() |
Mor milagai |
Bayangkanlah makan nasi beriani panas-panas dengan yogurt raita dan mor milagai ... nikmat tidak terkata! Selama ini jadi geng beriani kambing. Sekali-sekala layan beriani udang memang asyik!
Ada antara kalian pernah cuba? Mana yang kalian lebih gemar?
Fuh nampak sedap!
BalasPadamMemang marvelous rasanya 😊👍
PadamBelum pernah cuba lagi
BalasPadamBiasanya cari baryani kambing aje
Saya ni pun baru pertama kali cuba, wak. Selama ni layan kambing dan ayam je
PadamGwmuk-gemuk udangnya. Adoi terliur betul walaupun dah makan
BalasPadamAkak setiap kali tengok gambar ni memang akan auto lapar hahaha
Padamwow sedapnya tengok!
BalasPadamMemang dap dap dap, Farhana!
Padamrare ni beriani udang.. bg bkn peminat udang mmg x ambik menu ni... sy prefer kambing... mbekkk... hehehe
BalasPadamSaya pun geng mbekkk sebenarnya, Kakmim. Ni first time berpeluang rasa beriani udang :)
PadamWooo.... cili hijau tu yang tak tahan tengok...krup krap krup krap buat ulam nasi beriani!
BalasPadamSesungguhnya snagat sedap. hihi
BalasPadamaduhai, farrah :)
BalasPadamsedap sgt ni kalau dpt sesuap dua.
udangnya...
cili ijaunya...
Aduh!! Aduh!! Mengancam sungguh udang itu..
BalasPadam