Isnin, Oktober 03, 2022

Terima Nestle Omega Plus Gift Pack daripada Shopee

Assalamualaikum. Ini kisah awal September sebenarnya. Dah tuan punya blog sibuk memanjang tak sempat berblogging, banyak cerita terperam tak jadi entri. 😅 

Hari itu, selepas minum petang sambil-sambil merehatkan diri saya masuk aplikasi Shopee. Tonton Live. Selain cari tawaran menarik produk melalui sesi Live, dapatlah juga kumpul coins, kan?

Tertarik dengan sesi Live Nestle (Sold by Shopee). Saya pun tontonlah si Bella promosikan produk-produk Nestle Omega Plus. Kebetulan ketika itu ada giveaway sedang berlangsung. Kena jawab soalan apakah bahan dalam susu Nestle Omega Plus yang membantu menurunkan paras kolestrol. 

Saya yang sebelum ini tidak pernah sertai mana-mana giveaway Shopee suka-suka taip ActiCol di ruangan komen. Sepatah itu sahaja. Tidak lebih tidak kurang. Saya tengok komen-komen orang lain siap buat ayat, letak emoticon cantik-cantik, spam komen banyak-banyak. Terus saya cakap, tak ada harapanlah nak terpilih sebagai pemenang. Dah 'malas berusaha'. 

Sekali, semasa pengumuman pemenang dibuat ...

Nestle Omega Plus Walk A Million Miles 2022

Ada rezeki sayalah! Alhamdulillah! Kembang kempis hidung dengar nama diumumkan sebagai salah seorang pemenang!

Proses seterusnya kena hantar butiran yang diperlukan kepada pihak Shopee supaya mereka dapat uruskan penghantaran hadiah. Saya teruja sebab tahu akan dapat dua sachet Nestle Omega Plus perasa Dark Choc. Sewaktu sesi live berkenaan, nampak sedap je Bella bancuh. Saya belum pernah rasa sebarang produk Nestle Omega Plus sebelum ini. 

Lebih kurang dua minggu selepas itu, hadiah giveaway saya selamat sampai. Nak tengok apa yang saya dapat?

Melangkah bersama, jantung dijaga.

  • 1 drawstring bag Nestle Omega Plus
  • Sehelai tuala muka
  • Dua peket Nestle Omega Plus Dark Choc


Satu Bott punya, satu saya punya 😊

Omega Plus Dark Choc ni memang sedap. Kena dengan selera kami berdua. Biasanya kalau susu coklat tu, rasa susu yang lebih dominan. Tetapi, Omega Plus Dark Choc memang best. Pekat dan ketara rasa coklatnya. 


Terima kasih, Nestle Omega Plus!

Terima kasih, Shopee!


Psst! Belum sempat blogwalking sangat. Insya-Allah, perlahan-lahan saya datang kunjungi kalian ya.


5 ulasan:

  1. wah..congrats. asal namanya hadiah, memang seronok sgt kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah betul betul betul! Tang dapat hadiah tu yang teruja lebih :D

      Padam
  2. Alhamdulillah..tahniah kak. Lumayan dapat macam macam tu. Kalau dah rezeki, dah tentu tak salah alamat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Akak excited lebih sebab dapat sample dark choc tu. Bolehlah rasa sebelum consider nak beli kan...

      Padam
  3. wahhhhh tahniahhhh akak! ana pun baru ni ada dapat free susu coklat omega ni. selama ni tekak mmg blh telan susu tp bila minum susu ni boleh telan elokkkkk & sedap pulak tu! kena beli terus nampaknya pasni hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.