Jumaat, Januari 06, 2023

Bercuti Sebelum Cuti Sekolah di The Majestic Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum. Muncul semula di tahun 2023. Sudah lama tidak menulis, entri ‘panas enjin’ hari ini entri tentang cuti-cuti singkat hujung tahun lepas.

Percutian saya awal Disember lalu memang tidak dirancang langsung. Tidak terfikir pun untuk pergi bercuti memandangkan saya sedang sibuk dengan tuntutan kerja yang perlu dilunaskan sebelum 2023. Belum ambil kira kesibukan mengemas dan mengosongkan rumah lama lagi. (Sekarang ini, saya ‘bersiaran’ dari tempat baharu 😊.)

Tetapi, mengapa tidak? Saya cakap pada Bott. Ini peluang untuk tekan butang 'pause'. Rehat sekejap, lari dari kebiasaan harian ... tenangkan diri dan fikiran ... relaks ... usai bercuti baru fikir semula benda-benda lain.


4 hari 3 malam di The Majestic Hotel Kuala Lumpur

Hotel pilihan untuk penginapan ialah The Majestic Hotel Kuala Lumpur, Autograph Collection. Hotel ini terletak berhampiran Stesen Keretapi Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Railway Station). Ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke sana. Sebaik sahaja sampai, kita akan dapat lihat bangunan lama bercirikan kolonial yang cantik tersergam. 

The Majestic Hotel Kuala Lumpur mengekalkan bangunan asal Hotel Majestic yang dibina pada tahun 1932.  

Lobi hotel meriah dan ceria dengan hiasan bersempena dengan hari natal. Holiday season is here!


Hiasan hotel bersempena dengan sambutan krismas.

Dekorasi hotel ini berkonsepkan kolonial moden yang diberi perincian Neo-Classical. Ini laluan ke bilik.

Cantik, kan?

Okey, jom tengok bilik saya!

Deluxe King Room


Tempat beradu 




Tempat guling-guling 😉


Paling best ada bathtub. Lupa pula hendak ambil gambar bilik air dan tab mandi. Gambar di bawah ini diimport dari laman web hotel sendiri.


Tempat saya berkubang. Bukan calang-calang. Memang boleh berendam lama-lama sebab siap ada televisyen sekali.  Dapat waktu saya tamak, sambil berendam tu, baca novel dan tonton TV sekali.

Kemudahan-kemudahan lain tu macam biasalah - Wifi, gimnasium, hot drinks station dan bar mini ….

Ada my bestfriend! Si mesin kopi hahahah

Mesin kopi ni geng kamceng saya. Tiap-tiap hari refill coffee capsules. Kalau bosan dengan kopi dalam bilik, saya turun ke bawah. Restoran di lobi ada barista buat kopi siap dengan latte art. Ngopi jelah kerja saya.

Aktiviti Sepanjang Berada di Majestic Hotel

Apa aktiviti saya sepanjang menginap di sana? 

Aktiviti yang paling membuahkan hasil ialah makan. Hahaha! Macam mana saya tak cakap membuahkan hasil, balik bercuti berat badan naik sampai nak dekat 2 kg! 

Makan, tidur, minum kopi, berendam dalam tab mandi sambil baca novel, tengok TV, ulang. 

Pagi-pagi, bawa perut pergi breakfast buffet yang disediakan. Breakfast buffet di sini boleh tahan banyak jugalah pilihannya. Not bad. Meriah pinggan saya saban pagi. 😂

A little bit of everything hihihi

Little bit of everything konon. Kalau berpinggan-pinggan, dah tak ada namanya little. 🤣 Siew mai tu, tiap-tiap pagi saya ambil.

Waffles with peanut butter and chocolate sauce.

Selain waffles, ada pancake juga. 

Campur-campur here and there 😅


Kalau tak pergi makan di restoran di bawah, saya turun untuk ambil makanan yang dipesan melalui Grab. Masa inilah nak mencuba makanan best yang sedap dan viral di kawasan sekitar. Bab tu, saya cerita dalam entri lain.

Secara keseluruhan, boleh dianggap berbaloi dan puas hatilah menginap di sana. Bilik selesa dengan pelbagai kemudahan, keadaan sekitar hotel cantik, tenang dan damai … Alhamdulillah, tercapailah hasrat saya nak pergi rehatkan fikiran.

14 ulasan:

  1. syok tu tido otel...nk plak ada bathtub yg ada tv tu

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Sila sila… akak kalau ada peluang repeat, memang akan pilih hotel ni lagi.

      Padam
  3. Waa... Nampak cantik dan menarik hotel tu..

    BalasPadam
  4. stay dekat hotel pun salah satu percutian yang menyeronokkan.. hehe

    BalasPadam
  5. selesanya hotel ni.. memang cantik deco dlm bilik. best tu ada bath tub

    BalasPadam
  6. tapi harga dia seriaauuu. hahaha yg penting berbaloi!

    BalasPadam
  7. Hari tu nmpk carney staycation di situ... nmpk best menu buffet kt situ

    BalasPadam
  8. biar makanan tu bercampur dipinggan...sesi kenal mesra sbb kat dalam perut nanti dia nak bersama ditempat yg sempit pulak

    BalasPadam
  9. hotel ni nice juga. biasa dgr.
    cuma belum pernah menginap :)
    nampak mewah dan selesa.
    memang releks ek, farrah.
    alhamdulillah...

    BalasPadam
  10. sebut nama hotel ni je dah tahu betapa 'best' nyaaaaa kalau dpt menginap.... mesin kopi tu mmg rare sbb bkn semua hotel ada kan.... dah agak mesti farrah lompat smpi ke langit tgk mesin kopi tu heheheheh

    BalasPadam
  11. Puas hati menginap disini..
    Sha pun selau je sambil membaca pasang tv atau radio.. Lagi feel.. hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.