Pages

Khamis, Mei 09, 2024

Santai Pagi di The Bread Bar, TTDI

Baru-baru ini, saya bersarapan di The Bread Bar, Taman Tun Dr. Ismail. Sejak kunjungan pertama saya ke sini tahun lalu, memang jika ingin tukar selera, mahukan makanan barat untuk sarapan, The Bread Bar akan jadi antara pilihan utama saya. Jelas dari namanya, kedai ini menawarkan pelbagai roti, sandwic, pastri dan semestinya kopi.


The Bread Bar

Saya suka interior kedainya. Kelam-kelam tenang dengan cool bar vibes. Tetapi, bukan bar yang sajikan alkokol ya. Terdapat dua bar panjang, satu bar roti dan satu lagi bar kopi. Di sinilah para pekerja menyediakan pesanan-pesanan kita. 


Bar roti

Saya tiada gambar suasana di dalam kedai sangat. Gambar-gambar ini dari media sosial The Bread Bar. Cukuplah untuk beri gambaran kasar keadaan kedai ini kepada kalian.


The yummy treats

Aneka roti dan pastri yang dipamer di bar roti, menanti dilamar untuk tunas rasa kita. Pilihlah mana-mana yang berkenan di hati. Tetapi, andai mahu makan main dish, simpan sedikit ruang perut tu.


Kepingan Roti Sourdough Bakar dengan Mentega Truffle

Hidangan pertama yang dipesan ialah roti sourdough dengan mentega (salted butter). Kita ada pilihan untuk add-on atau tukar kepada mentega truffle atau mentega kombu. Saya add-on mentega truffle.

Roti sourdough bakar dengan sapuan mentega truffle.

Memang sedap sangat! Bayangkan, hirisan roti yang masih panas disapu dengan mentega truffle. Mentega pun mencair, meresap masuk ke liang-liang roti… masuk mulut, dengan aromanya, rasa lemak masinnya… fuhh, macam buat open house dalam mulut! I really enjoyed this!


Focaccia with Pine Nut Pesto

Ini main dish saya. Pada mulanya saya hendak beli sandwic kegemaran saya - Signature Grilled Sandwich dengan sup tomato (this one memang saya sarankan untuk cuba!) Dah belek-belek menu, teringin cuba focaccia pula.

Focaccia with Pine Nut Pesto

Roti focaccia berintikan hirisan ham ayam, ricotta, pesto kacang pine dan sun dried tomato. Saya suka setiap eleman dalam roti saya ni. Semua rasa bergabung seimbang, menjadikannya hidangan yang enak dinikmati. Dari segi portion, memang puas hati. In fact, saya hanya makan potongan yang pertama (sebab dah makan roti sourdough 😂). Sebelah lagi tapau untuk makan kemudian. 


Piccolo Latte

Kopi saya - piccolo latte. Lazimnya, apabila makan di luar dan saya tiada angin hendak bereksperimen dengan kopi, saya akan pesan sama ada piccolo atau cortado. Pilihan selamat. Just the right portion of coffee untuk dinikmati bersama makanan saya.


Risotto dan Coklat Panas untuk Bott

Organic millet breakfast risotto with chicken chorizo.

Ini pula hidangan Si Bott. Breakfast risotto. Sedap juga! Risottonya sempurna. Tekstur dan kepekatan yang just nice. Ada chorizo ayam, jagung dan cendawan. Kita boleh makan dengan enjoy sehingga ke suapan terakhir kerana hidangan ini bukan jenis yang buat kita rasa cepat muak.


Hot Chocolate with Marshmallow

Bukan main lagi air si Bott. Dah ada latte art, ada marshmallow juga. 


Kunjungan kali ini kami tidak beli sebarang roti atau pastri. Tiga makanan yang dipesan sudah cukup berat. 😁 Ada beberapa pastri di sini yang telah saya cuba, saya kira sedap dan berbaloi. Insya-Allah, nanti akan dikongsi dalam entri lain.


17 ulasan:

  1. cantiknya cafe tu.. foods pun sgt well presented & looks so yummy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Food diorang dari segi portion, rasa, plating & presentation kira puas hati, MA.

      Padam
  2. nama menu punnn
    fuhhh dasat!
    tampak menyelerakan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah buat tukar-tukar selera, Anies. Makanannya sedap berasa, roti sourdough tu pun sedap!

      Padam
  3. Kita terpana dengan hot chocolate dengan marshmallow tu. Rasa sayang pulak nak minum. Curious nak tahu rasa Piccolo Latte tu macamana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Piccolo ni kan, dia lebih kurang macam latte, tapi portionnya lebih kecil. Kalau kita order piccolo, barista akan serve dlm cawan yang lebih kecil berbanding pesanan kopi lain.

      Akak kalau kat luar and nak kawal intake kopi, akak suka order piccolo. Tak terlalu besar portionnya. Kang jenuh nak cari toilet sebab selain kopi, akak banyak minum air masak. 😁

      Padam
    2. Hahaha sebut tentang hot chocolate tu…. Kitorang pun lama je pandang air tu sebelum minum. Comel sangat ghupanya 😅

      Padam
  4. aaaaa Ana tertarik dgn picollo latte & hhot chocolate tu! hehe

    BalasPadam
  5. wah mcm menarik je tmpt ni... ok utk sarapan ala2 omputih makan roti hehehe.. bole la next time sarap kat situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, Kak Ret. Nak breakfast menu omputeh, boleh cuba tempat ni. Pastries, bread pudding dan roti-rotinya memang sedap!

      Padam
  6. nampak sedap rotinya.. kopinnya juga menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Memang sedap, kena dengan selera saya, lady 😊

      Padam
  7. Aaghhhhhh thank youuu sharing tempat ini kaaak ❤️😍😍😍😍. Saya dan anak saya pertama memang lebih suka roti drpd nasi. Jadi kalo ketemu tempat roti seperti ini, dengan aneka roti yg betul2 roti, bukan hanya roti putih biasa, kami berdua sukaaaa sangat. ❤️❤️.

    Melihat aneka rotinya, saya dah drooling pula 😍.

    Krn june saya ke KL, dah langsung masukkan ITIN tempat ini ❤️. Wajib saya datangi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau begitu, mba Fanny harus ke tempat ini andai ada kesempatan ketika berada di KL nanti.

      Satu lagi tempat menarik yang menjual roti-roti dan kue kayak ini ialah Kenny Hills Bakers.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.