Rantai Kunci DIY | Sewaktu kemas barang-barang kraf saya, terjumpa satu bekas frosted beads. Sudah lama sangat dalam simpanan, saya tidak ingat saya guna untuk buat apa dahulu. 😅
Banyak juga manik-manik pastel ini yang berbaki. Pada mulanya, saya fikir mahu dijadikan gelang. Tetapi, memandangkan barang-barang untuk buat rantai kunci ada dan mencukupi, saya buat rantai kunci manik.
Inilah sebahagian daripada rantai kunci yang telah dihasilkan.
|
Frosted beads keychains |
Selain menggunakan frosted beads, saya letak flower resin charm di hujungnya. Hendak nampak lebih meriah, saya turut letak swivel lobster hook, tassel dan hiasan reben.
|
Manik pastel dengan tiga resin charms. |
Gelang untuk kunci (key ring) saya letak hook kecil supaya key ring boleh dikeluar dan dimasukkan ikut suka.
|
Comel tak? |
Gantung pada zip beg tangan atau dompet pun cantik. Boleh berfungsi sebagai zipper pull, memudahkan kita untuk buka dan tutup zip.
Jadi, kalau letak pada beg, tidak perlu ada key ring. Bolehlah dikeluarkan key ring tu. Hendak guna untuk letak kunci, pasang semula key ring tersebut.
|
Sedia untuk dibungkus di dalam plastik OPP |
Alhamdulillah, banyak juga rantai kunci dapat disiapkan dengan frosted beads yang ada. Saya pek siap-siap. Nanti mahu beri pada Bott. Hujung bulan ni dia ada pop-up event. Bolehlah dia bawa untuk buat jual atau beri sebagai free gift.
seronoknya dapat buat kraf macam nie...
BalasPadamwaahhhh cantik comelnyaa!
BalasPadamBoleh hadiahkan buat pengomen2 tegar blog ni.
BalasPadamcomel... anak2 gadis mcm kakak si sulung ldy mesti suka ni...
BalasPadamKreatif!
BalasPadamSoooo cute!
BalasPadamNampak cantik kejadiannya
BalasPadamjarang tak cute👍👍👍👍👍 cantikkkkkkk
BalasPadamMemang kreatif sangat tangan kakak 😍👍👍. Baguus keychainnya. Simple tapi cute
BalasPadamcomel dan cantik sangat..
BalasPadam