Assalamu’alaikum. Selamat Pagi Rabu.
Jumaat lepas, semasa siram pokok dan kemas-kemas balkoni, saya perasan pokok monstera saya mengandung lagi! Gembira betul saya tengok daunnya sudah bertambah.
Tunggu masa daunnya untuk terbuka 😊 |
Daun monstera baharu 😊 |
Masih muda lagi warna daunnya. Nanti lama-lama akan memekat sama macam daun yang lain. Lepas ni saya kena lap sikit habuk pada daun-daun tu bagi kilat sikit.
Kasut Lampu Rumah Api 😊
Hemsem tak kasut ni? 😂 |
Oren! Terangnya warna! Bila call Cekengah, dia gelak-gelak cakap kasut tu sesuai untuk saya supaya saya tak hilang dan senang dicari. Kasut ni siap ada bluetooth. Ala ala alaaaa… saya nak turun jalan-jalan manja kat gym je.. bukan nak pergi lari turun naik bukit pun. 😂
Pernah tengok tak lampu terang yang dekat rumah api? Saya rasa kasut saya ni dah boleh jadi lampu rumah api. Memancar-mancar!
Kasut lampu rumah api saya 😂 |
Okey, dah ada kasut yang sesuai dan selesa dipakai, marilah beraktiviti mengeluarkan peluh. Gerak dulu!
ingat kan siapa yg mengandung tadi, pokok rupanya.. ha ha ha...
BalasPadamand kasut rumah api..ada2 je tau.. btw, nice color oren tu .. bila org beli ok je kan kalau beli sendiri..mcm..emmmm....alhamdulillah, dpt kasut kann
Hahaha betul, Ayu. Sebab dapat free, kalau kasut tu keluar lampu lip lap atau ada ekzos pun saya OK 😆 Alhamdulillah, kasut tak payah beli…
PadamSubhanallah cantiknya daun monstera tu...
BalasPadamWow so orange haha... Lampunya macam kasut budak² tu ke LZ? Excited pulak hihi...
Yes, PH. Memang shade orange paling terang tak leh bawa bincang. 😊
PadamMmg memancor warna dia..=D
BalasPadamMemang memancor! 😂
Padamterbaca ayat mengandung..laju2 masuksini.rupanya pokok Monstera sis...hahahah...kasut tu..terangnyaaaa...sorry SA tergelak
BalasPadamHahahaah tak pa SA. Mari kita gelak berjemaah. Saya setiap kali pakai pun gelak 😂
PadamCantiiiiiiiik warna diaaa 😍😍😍😍. Saya nih tipe yg suka warna2 cerah memang kak. JD kalo lihat ada sepatu dengan warna unik begini, pasti tertarik juga 😄😄👍
BalasPadamWah, tentunya kasut ini sesuai cita rasa Fanny! Kalau diikutkan, memang cantik warna dan rekaan kasut ini. Cuma terlalu cantik utk orang berusia seperti saya hehehe
PadamSatu berita gembira juga ni selain diri sendiri mengandung. Seronok tengok bila muncul daun baru. Monstera ni uniknya dari segi daun koyak koyak dia tu. Lagi banyak koyak lagi cantik. Kann...Wah beruntung sungguh. Kalau dah rezeki kita tak kemana. Hebatnya kasut ada bluetooth. Saya suka warna terang macam ni. Menyerlah!
BalasPadamFiza kan suka hiking. Kasut terang-benderang ni memang sesuai utk Fiza.
PadamKasut ada bluetooth ni advantage utk kita yang nak track route dan aktiviti fitness kita. Tak ada kasut bluetooth pun tak apa. Sekarang ni fitness watch, phone semua dah advanced.
Betulla, Fiza! Akak pun jadi super excited kalau daun monstera tu banyak koyak2nya. Memang lagi cantik, kan…
PadamPokok monstera tu saya ada 2 pokok.. Tapi lepas rumah terbakar dulu. Dah tak terjaga.
BalasPadamTak mengapa, En. Fairus. Insya-Allah, selepas urusan rumah selesai dan semuanya OK, bolehlah jaga semula.
Padamyuri tak geram ke tgk pokok2 ni?
BalasPadamhehehe