Susyi AEON | Ada tak penggemar susyi AEON di sini? Kita geng! Saya, setiap kali berkunjung ke Aeon, mesti akan singgah di medan selera untuk beli susyi. Susyinya beraneka, sedap-sedap dan yang penting harganya mesra poket. 😊
Dalam banyak-banyak, antara yang wajib saya beli selain Inari (yang nasinya dalam kelongsong kulit tauhu) ialah Tempura Lava Roll. Ini memang favourite saya! Tempoh hari, sebaik sahaja sampai di food court, inilah yang saya cari dahulu.
Tadaaaa! Beginilah rupanya tempura lava roll yang saya maksudkan. 😊
Spicy Tempura Lava Roll |
Susyi yang digulung, dicelup ke dalam bater tempura lalu digoreng jeluk (deep fried). Kemudian, diletakkan mayones Jepun dan sos kimchi pedas. Memang terangkat!
Sekejap sahaja saya boleh habiskan keempat-empat potongan susyi tersebut. Gabungan kuah kimchi yang pedas-pedas manis masam dengan mayones yang menyelaputi tempura roll goreng, sedap sangat!
Bagi saya, tempura lava roll ini is a must-try andai kalian berniat untuk menikmati seleksi susyi di Aeon.
Saya turut beli satu set assorted susyi pek kecil. Boleh rambang mata nak ambil pek yang mana satu kerana terdapat macam-macam pilihan. Saya ambil yang ada inari, telur, crabstick, udang… yang simple-simple. Tak terlalu fancy.
Cukuplah untuk 1-2 orang makan. |
leh geng.. MA pun suka sushi... yum yum
BalasPadamYeayyy! Kita geng!
PadamSayalah tu! Asal pergi AEON mesti mencari susyi. Biasanya beli assorted susyi dengan onigiri. Lava Roll ni tak pernah cuba lagi. Nanti nak cubalah jugak.
BalasPadamNanti kena cuba sekali. Kalau Fiza tak suka pedas, cuba yang sweet punya tau.
PadamSaya kalo pergi AEON mmg tuju dekat bahagian makanan, sushi dengan roti...x pergi tempat lain pun x apa...
BalasPadamYes, bahagian susyi dgn roti wajib tuju hehehe
Padamsejenis yg tak mkn makanan jepun tp kalau g aeon mesti sibuk je nak tgk bahagian sushi tu hahaha
BalasPadamIt’s ok. Kira cuci-cuci mata lah 😁 tengok kepelbagaian makanan boleh dikira sebagai terapi hihihi
PadamIsssh dah lamaaa sangat tak ke aeon 😅😂. Dulu sebelum pandemi sukaaa makan segala Japanese foods di sana, termasuk sushi. Lihat ini, jadi teringin makan sushi Aeon lagi 🤭😄
BalasPadamMudah-mudahah ada rezeki dan kesempatan buat Fanny utk menikmati susyi Aeon lagi 😊
Padambiasa beli yg single sushi...kalo yg byk variety tu skali skala...yg spicy tempura lava tk pernh nmpk
BalasPadamSedap nya sushi lama tak makan. Aeon punya bahagian makanan memang best.
BalasPadamNasib baik SA x berapa suka Sushi..kalau tak sure terjebak gak ni
BalasPadam