Set Hadiah Tema Star Wars | Ada seorang rakan lama saya yang minta tolong Bott buatkan book cover (sarung buku). Dia ingin beri hadiah kepada adik lelakinya, seorang ulat buku yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran awal bulan hadapan.
Pada mulanya, saya dan Bott ingin cari rekaan kain yang agak maskulin. Dalam pada kami berdua rambang mata dek melihat pelbagai corak kain di Shopee, terjumpa kain kartun Star Wars ni. Walaupun bukan Star Wars ori, kainnya comel sangat! Dapatlah kita tangkap karakter-karakternya. Adik kawan saya tu peminat tegar Star Wars. Memang rezeki dialah.
Alhamdulillah, semua mudah dan lancar. Kain murah (kualiti seperti yang diharapkan), penghantaran tidak ambil masa yang lama. Barang-barang lain yang diperlukan semua sudah sedia ada di rumah.
Selepas selesai buat book cover, masih ada banyak lebihan kain. Bott buatkan sekali wristlet key fob, rantai kunci yang boleh dipakai di pergelangan tangan dan coffee cup carrier.
Dapatlah satu set.
| Set Hadiah Tema Star Wars |
Makin bertambah kraf jahitan yang Bott buat sekarang. Tempahan daripada orang pun not bad. Saya tumpang happy, tumpang menyibuk hahaha! Terus sukses, Bott! Untung besar nanti, jangan lupa belanja kawan baikmu ini.
Ah sungguh estetik tu bagi peminatnya. Rajin buat satu set, memang boleh cari makan jika promote sikit2 ni.
BalasPadamSaya dah saran pada Bott, buat satu set macam ni boleh buat gift set untuk dijual 😊
PadamComelnya!!! Hati berbunga-bunga kalau dapat ni. Kak Farrah share link untuk tengok hasil seni yang lain dan untuk tempahan.
BalasPadamInsya-Allah, soon. Paham-pahamlah orang tua macam kami ni… nak ambil gambar, nak buat katalog, nak promote kat medsos… bercinta hahaha
Padamcomel nya...brg2 craft macam nie memang ada je pembeli nya...sebab dia akan jadi limited...insya-Allah nak cari yang sama, susah nak jumpa
BalasPadamBetul, kraf jahitan sebegini ada peminat tersendiri. Item tu jadi special sebab bersifat lebih homey…ada nilai sentimental 😊
Padamcantik..sure seronok yg dpt tu nanti
BalasPadamSaya kalau dapat, saya lompat bintang! 😊
Padamcoffee cup carrier tu palinggggggg sy sukaaaaaaaa
BalasPadamBerkenan ke? Saya ada banyak kain ni…
PadamMemang kreatif... Bagi yg suka star wars, pasti happy sangat dapat 1 set ini ❤️.
BalasPadamPenggemar star wars memang akan suka kan… boleh dijadikan koleksi 😊
PadamAduh!! Comelnya..
BalasPadamComel kan designnya. Menyesal pula akak beli sikit je kainnya.
PadamCantik .. kalau handmade ni ..cover book tue auto jadi limited edition kan ..
BalasPadamBoleh anggap macam eksklusif la sikit hehehe
PadamWallaweh nice giler..Thanks bg inspirasi..Sy ade byk kain lebih ..Nnt bleh buat jgk ni =D
BalasPadam