Lepat Pisang dan Ubi Kayu Rebus Pembuka Julai
Jumaat, Julai 01, 2022
Assalamualaikum. Salam 1 Julai. Selamat memulakan bulan baharu! Bab ke-7 untuk kisah 2022 kita. Moga Julai bulan yang indah, yang menyenangkan buat kita semua. Hari ini juga 1 Zulkaedah. Mudah-mudahan 30 hari yang mendatang dapat kita lalui dengan tenang, dipenuhi dengan melakukan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat.
Sebenarnya, dua tiga hari ini saya dan Bott teringin hendak makan lepat pisang tetapi masing-masing malas keluar rumah pergi beli di gerai menjual sarapan di kawasan rumah kami.
Kebetulan ada beberapa sisir pisang di dapur. Terdetiklah hati ini nak buat lepat pisang. Bukan main teruja lagi saya nak melepat. Pisang ada, tepung dan bahan-bahan lain ada, daun pisang boleh minta kat Nenek P, ambil kat pokok sebelah pagar ... eh, kepala parut?
Saya nak makan lepat pisang yang adunannya letak kelapa parut banyak-banyak. Kelapa parut tiada. Jadi kena keluar pergi kedai. Lepas tu fikir yang kena keluarkan kukusan baharu. Alat pengukus masih berbalut rapi dalam kotak. Eh, makin banyak pula prosesnya! Makin berat malas kami. Last-last, saya dengan Bott ketawa terbahak-bahak. "Who are we kidding? Nak buat lepat konon! Kita bertahan sampai rajin kita sampai!" Setakat untuk kami berdua makan, nanti beli jelah di kedai.
Lepat Pisang Cukup Rasa
Lepat pisang idaman kalbu 😁 |