Apa Itu Brads dan Kegunaannya
Rabu, Februari 27, 2019
Apakah itu brads? Pernah dengar tak mengenainya? Asalnya brads digunakan sebagai paper fastener - untuk kepilkan kertas-kertas. Brads yang digunakan untuk kegunaan pejabat biasanya berwarna keemasan. Lihat gambar di bawah. Biasa tengok, kan?
Brads |
Kalau untuk kegunaan kraf pula, brads ada beraneka corak dan bentuk. Macam-macam saiz, besar ... kecil ... sederhana ... semua ada. Didatangkan dengan pelbagai corak berwarna-warni yang menarik, brads selalu digunakan sebagai hiasan (embellishments) untuk hias kad ucapan, jurnal, planner dan scrapbook. Sekarang ni kan trend orang hias planner dan jurnal, haaa... ini antara hiasan atau aksesori yang kalian boleh pertimbangkan.
Kredit Imej |
Imej - Perkongsian di Pinterest |
Saya tidak banyak miliki koleksi brads. Cuma ada dua pek sahaja buat masa ini.
Brads beli di Daiso |
Di bawah ini pula, contoh kad yang saya buat menggunakan brads.
Kad ucapan Happy Birthday. |
Satu lagi kad ucapan hari lahir. |
Selain sebagai hiasan kraf, jurnal dan planner, brads ini turut boleh digunakan oleh adik-adik yang masih belajar untuk kepil nota-nota. Nampak fancy sikit! Barulah ada semangat nak selak-selak untuk belajar.
Okey, itu sahaja serba sedikit mengenai brads.
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai material atau peralatan kraf, tinggalkan komen di bawah atau boleh hubungi saya melalui email.
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai material atau peralatan kraf, tinggalkan komen di bawah atau boleh hubungi saya melalui email.