Petua untuk Surutkan Bengkak Kaki
Isnin, Ogos 04, 2014
Hehehe petua ni sesuai untuk yang suka/kerap terseliuh seperti saya. Saya dah cuba petua-petua di bawah ni untuk surutkan bengkak pada kaki yang terkehel. Bahan-bahan yang diperlukan pun memang ada di rumah dan tak susah nak cari.
Petua 1
- Ambil halia tua dan tumbuk hingga lumat.
- Lumurkan pada bahagian kaki yang bengkak.
- Balut dengan bandage atau pakai stoking.
Petua 2
- Ambil ragi dan larutkan dengan sedikit cuka putih.
- Sapukan pada bahagian kaki yang bengkak.
- Balut dengan bandage atau pakai stoking.
Amalkan petua-petua di atas sehingga bengkak surut.