Resepi Stew Ayam Bott
Jumaat, Mei 09, 2014
Ini hidangan kegemaran Bott. Stew ayam yang dimakan dengan nasi panas. Resepi stew ayam ni kami dah modified ikut citarasa kami. Mudah sahaja nak sediakan. Main campak-campak je. Berminat nak cuba? Ikut 3 langkah mudah di bawah (Err,..langkah-langkah tak termasuk penyediaan bahan-bahan tau!)
- Rebus ketulan ayam dan kaki ayam untuk buat stok. Masukkan hirisan bawang besar/merah, bawang putih, halia, lobak merah, ubi kentang, saderi dan asam keping. Biarkan hingga mendidih.
- Masukkan kicap tiram, kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam. Letak sedikit dulu dan modify rasa ikut citarasa. Jika perlu perasakan dengan garam.
- Masukkan 1 - 2 sudu tepung jagung (larutkan dalam sedikit air) untuk pekatkan kuah. Sedia untuk dihidang!