'Reminder Board' untuk Bilik Kraf Saya

Rabu, April 23, 2014

Hiasan baru bilik kraf saya. 'Reminder Board' ini asalnya 'wall decoration' untuk letak gambar. Saya berkenan dengan design sangkar burung ni dan terus terlintas nak buat mini reminder board untuk kerja-kerja kraf saya. Saya tak perlukan board yang besar. Memadai sekadar untuk tampal kertas Post-It @ Sticky notes je. 







Spam Sudah Tukar Jadi Scam!

Isnin, April 21, 2014

Dua tiga hari ini berpinar-pinar mata saya membaca berpuluh-puluh artikel mengenai SCAM. Saya perlu siapkan rencana mengenai bagaimana kita sebagai pengguna boleh terjebak dengan pelbagai bentuk 'scam' dalam kehidupan sehari-hari. 

Dalam pada sibuk mengejar 'deadline', sempat juga nak berblogging. Kebetulan, saya hendak tulis entri mengenai kekeliruan yang boleh timbul akibat terlalu banyak links/URL dalam sesebuah blog sehingga dianggap sebagai SPAM.

Gembira kedua-dua perkara dapat saya langsaikan seperti yang dirancang, saya pos pautan entri blog saya ke Kelab Blogger di Facebook. Seharian menguruskan tugas-tugas di luar, baru sebentar tadi berkesempatan semak notifikasi. Brother Hasrul Hassan, blogger otai yang terkemuka telah mengesan kesilapan pada entri saya. Rupa-rupanya saya sendiri dah 'mixed up' dengan kedua-dua istilah tersebut!



Setelah tersengih-sengih edit entri, tiba-tiba saya tergerak hati hendak semak semula artikel yang saya tulis. Ikut plan, saya nak submit esok pagi. Ya Allah! Seperti yang dijangka, semua 'scam' dah jadi 'spam'! Menggigil-gigil tangan saya edit balik perkataan tu. Alhamdulillah, mujur Allah gerakkan hati Brother Hasrul untuk tegur saya. Secara tidak langsung, beliau telah selamatkan kerja saya. Jika tidak, tentu haru-biru artikel saya jadinya.

Terima kasih banyak-banyak, Brother Hasrul. Sudi betulkan kesilapan saya yang kurang pengalaman ni. Semoga Allah balas dengan ganjaran yang setimpal :)



Decorative Border Punch untuk Kraf

Hehehe inilah mainan baru saya ;) Alatan baru untuk buat projek-projek kraf. Decorative border punches. Apa kegunaannya? Well, decorative border punch ini kita gunakan untuk buat corak kemasan di bahagian tepi kad atau kertas. Barulah menarik sedikit hasil kerja kraf kertas kita. Sebenarnya, kita juga boleh menggunakan gunting kraf bercorak (Jemput baca mengenainya di sini.) Tetapi, jika dibandingkan antara kedua-duanya -lazimnya potongan gunting kraf bercorak lebih simple manakala corak potongan/tebukan decorative border punch lebih cantik dan terperinci.

Ada pelbagai jenis corak atau design border punch yang terdapat di pasaran. Harganya pun berbeza-beza bergantung pada jenama dan jenis material yang digunakan. Of course yang lebih mahal seperti jenama Fiskars dan Martha Stewart's lebih berkualiti dan tahan lama. Tetapi yang harganya lebih murah pun boleh dijadikan koleksi asalkan kita tahu cara-cara menjaga punches dengan baik. Secara peribadi, saya suka beli punch yang lebih murah (tidak kira jenama) supaya saya dapat beli dua tiga design berbanding hanya satu. Banyak sedikit pilihan apabila nak buat projek kraf.



Apa yang penting, terpulang pada kita untuk beli brand apa asalkan dalam kemampuan bajet kita. Di bawah ini dua decorative border punches baru milik saya.
Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Kau Ditakdirkan Untukku - In-Team & Edcoustic



(Intro)
G C D

C           D
Terucap syukurku
Bm        Em
Aku memilihmu
             C
Tuk menjadi teman
           D             G
Hidup setia selamanya


C          D
Belahan hati ini
Bm           Em
Kini telah terisi
             C
Aku dan dirimu
               D           G
Mengikat janji bahagia


(Chorus)

G                             C
Dan berlayarlah kita renda keluarga
Am                     D
Merentas hidup bersama
Bm                   Em           C
Aku bahagia ku dipertemukan
             D
Belahan jiwaku


G                                  C
Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Am                    D
Hingga bahagia di syurgamu
Bm                     Em              C
Pegang tanganku, tataplah mataku
                D            G
Engkau ditakdirkan untukku


C         D
Ikatan suci ini
Bm             Em
Selalu kan ku jaga
           C
Meniti sakinah
               D                            G
Penuh kasih sayang dan rahmat-Nya


(Chorus)

G                             C
Dan berlayarlah kita renda keluarga
Am                     D
Merentas hidup bersama
Bm                   Em           C
Aku bahagia ku dipertemukan
             D
Belahan jiwaku


G                                  C
Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Am                     D
Hingga bahagia di syurgamu
Bm                    Em           C
Kau amanahku, isteriku tercinta
                 D            G
Engkau ditakdirkan untukku


  C          D       G
Ditakdirkan untukku..
             C           D      G
Engkau ditakdirkan untukku.