Kord Gitar Putus - Nabila Razali (Easy Chords)
Ahad, November 14, 2021
Kord Gitar Putus Nabila Razali | Petang tadi sempat melayan anak tetangga yang minta tolong saya tukar tali dan spa (baca: minyakkan fretboard) gitarnya. Sudah alang-alang kami 'bersidang' dengan gitar, dia ajak saya buat kord lagu terbaharu Nabila Razali yang bertajuk Putus. Eh, Nabila Razali ada ada lagu baharu? Dengar sekali, terus saya jatuh suka. Saya kalau bab lagu mellow yang boleh layan dengan gitar, laju sahaja saya usahakan. Itulah sebabnya ketersediaan kord lagu di tower saya ini agak terhad. Lagu saya suka je saya buat kord. 😁
Ada yang sudah dengar Putus? Setelah Peluang Kedua, saya rasa lagu Putus akan turut popular sebagaimana naskhah-naskhah Nabila yang sebelum ini. Paling tidak, pasti akan jadi OST mana-mana drama di televisyen. Setakat saya menulis entri ini, hanya video muzik promo sahaja yang dilancarkan di Youtube. Belum keluar video muzik rasmi lagi.
Kord di bawah, telah saya transposed ke versi lebih mudah. Selamat berdendang!
Kord Gitar From FAMF Tower |