Elsa, Anna dan Kristoff dalam Once Upon A Time Season 4

Sabtu, Ogos 23, 2014

Bagi yang ikuti siri TV ini, tentu kalian ingat yang pada episod akhir musim 3, Captain Hook dan Regina secara tidak sengaja telah terbawa Elsa 'masuk' ke Storybrooke (baca lebih lanjut di sini). Season 4 Once Upon A Time (OUAT) ditayangkan pada penghujung September memang ditunggu-tunggu sebab fans nak lihat bagaimana kisah Elsa, Anna & Kristoff dari 'Frozen' akan diketengahkan dalam plot. Apa agaknya twist untuk fairy tale moden ini?

Ingin tahu siapa yang akan memegang tiga watak utama dari filem animasi ini untuk OUAT?

Kredit Imej: Disney Frozen Blog Tumblr

Salah satu babak Anna & Elsa dalam OUAT.

Tak sabar nak tunggu Season 4 mula ;)

Entri lain yang berkaitan:

Tutorial Kraf - Cantikkan Projek Kraf dengan 'Eyelets'

Jumaat, Ogos 22, 2014


Tag dengan kemasan 'eyelet'.

Cuba tengok tag di atas. Ada gegelang di sekeliling bulatan yang saya buat. Gegelang tu dipanggil eyelet. Tujuan kita letakkan eyelet adalah untuk beri sentuhan yang lebih kemas dan cantik pada tag berkenaan. Nampak lebih stylish dan sempurna. Sebenarnya, eyelets ada banyak saiz, warna dan kegunaan. Selain buat kemasan pada tag, kita boleh gunakan eyelet untuk buat rantai kunci dan bookbinding projects.

Eyelet Pliers

Alat di atas dinamakan 'eyelet pliers'. Juga dikenali sebagai 'eyelet puncher'. Kita perlukan alat ini untuk pastikan eyelet mencengkam pada material yang kita gunakan dengan baik. Jangan guna tukul tau. Tak cantik nanti hasilnya. Cara menggunakannya 'eyelet pliers' sangat mudah. Letakkan eyelet dengan betul pada mata alat. Tekan kuat-kuat hingga bahagian bawah eyelet meleper. Siappp!

Nota Senyum: Boleh dapatkan eyelet pliers di kedai barangan kraf atau kedai alat tulis. Saya punya saya dapatkan di DAISO. Hanya RM5.


Cara Keringkan Daun Pudina dan Herba-herba Lain

Khamis, Ogos 21, 2014

Ikat daun pudina dan gantung secara terbalik.
Dalam banyak-banyak pokok di taman herba mini saya, pokok pudinalah yang selalu stoknya berlebih-lebih. Sebabnya, pokok pudina ni from time tu time akan bertumbuh dengan jayanya hingga memenuhi ruang pasu. Jadi, kalau tak banyak guna daun pudina, kenalah trim pokok tu supaya tidak menjalar liar.

Kebiasaannya, apabila saya rasa pokok pudina saya dah 'sarat' dan tangkainya mula menjalar keluar, saya akan potong dan keringkan supaya daun pudina tu tahan lama.

Cara nak keringkan daun pudina dan herba-herba lain sangat mudah. Jangan pisahkan daun dari tangkainya. Basuh bersih-bersih. Keringkan di atas tisu dapur. Kemudian, kumpulkan tangkai-tangkai herba dan ikat dengan tali. Kalau ada banyak, buatlah beberapa ikatan. Gantung secara terbalik di tempat yang bersih dan tidak lembap. Selalunya, pada siang hari saya akan jemur ikatan pudina ni di luar supaya lebih cepat kering.

Apabila daun pudina dah kering, barulah pisahkan dari tangkai. Simpan dalam botol atau bekas rempah. Sedia untuk digunakan apabila perlu :)



Tak Rela RM 'Lesap' Dek kerana Magik

Rabu, Ogos 20, 2014

Kredit Imej: Astro Awani
Sejak kecil saya memang suka magik dan sarkas. Hehehe,..dah tua ni pun masih suka sebenarnya. Lagipun sekarang ni macam-macam show magik ada tayang dekat TV. Magician jalanan lah,...reality show khusus untuk ahli magik lah,..Hah, saya paling suka tengok - rancangan yang dedahkan macam mana sesuatu silap mata tu dilakukan! Magician tak leh cari makan dah. Rahsia diorang kena bocor!

Kendatipun tahu yang magik tu sekadar permainan mata dan kecekapan si ahli silap mata memanipulasi minda kita, saya tetap suka tengok magik. Copperfield, Blaine, Cyril,...semua ON! Kadang-kadang trick diorang lebih kurang sama je. Saya tetap layan!

Dulu-dulu masa sekolah, ada ahli silap mata datang buat show. Tak ingat dah nama dia something Bakar. Sayalah antara orang pertama yang pergi beli tiket. Harga tiket RM0.50, pergi tengok kat kantin sekolah. Siap minta duit lebih kat Cekebon untuk angkut adik-adik saya. Hehehe sampai sekarang depa ungkit kena ikut saya tengok magic show yang saya seorang je terlebih excited!

Salah seorang magician favourite saya, David Blaine akan mengadakan pertunjukan di Kuala Lumpur pada 5 September ni. Saja-saja gatal pergi intai harga tiket. Teringin nak tengok performance magic secara live kononnya. Tiket paling murah, RM138 (free seating, dekat tepi...mesti nampak sipi-sipi je) dan untuk VIP pula RM648 (dah SOLD OUT, tau)! Humangaihhhhh! Ini memang betul-betul magik! Magik lesapkan duit. Terus batal niat. Tak mo pergilah!

Nota Senyum: Tahulah juga buat a few simple tricks. Guna untuk 'wowwwww' kan anak didik cilik saya ketika mereka hilang fokus/kepenatan waktu belajar. Celiklah mata sekejap tengok cikgu buat magik ;)