Tips Atasi Masalah Semut di Rumah

Selasa, Ogos 19, 2014

Pernah berdepan dengan masalah semut di rumah? Hurung meja makan,.. buat jejak dekat dapur,...Saya kadang-kadang jadi ngeri sendiri bila tengok koloni semut mula jajah ruang rumah saya. Bayangkanlah (atas saranan seorang teman), saya sampai bercakap dengan semut-semut tu suruh mereka pindah! Hmm ...adalah pindah sekejap je. Lepas tu datang rombongan baru pula.

Rupa-rupanya ada beberapa petua yang boleh kita guna untuk hindar 'serangan' semut-semut ni. Yang 'best'nya, kita hanya perlu bahan-bahan yang memang ada di dalam rumah.

1. Air Campuran Garam
Ya, garam biasa. Apa yang perlu kita buat, jerang air panas di dalam periuk kecil. Masukkan segenggam besar garam dan kacau hingga larut. Sejukkan. Kemudian, masukkan dalam botol penyembur. Sembur pada kawasan yang kebiasaannya jadi laluan semut. Insya-Allah, selagi semburan garam tu masih bersisa di situ, semut memang tak akan datang.

2. Cuka putih
Ambil cuka putih, sapukan pada kawasan laluan semut. Tetapi, bagi yang alah pada bau cuka pasti akan rasa kurang selesa. So, pilihlah cara yang pertama.

3. Bedak Bayi
Taburkan bedak bayi di sekeliling bilik/di tepi dinding yang selalu dijengah semut. Hati-hati! Jangan tabur bedak di kawasan lalu-lalang. Ada yang jatuh berdebuk pula nanti.

4. Jus lemon
Semut memang alah pada lemon. Buat air semburan dengan jus lemon dan sembur pada kawasan-kawasan yang selalu bersemut. Pada masa yang sama, ruang yang disembur akan berbau segar :)

Selain daripada itu, untuk almari dan rak, bolehlah letakkan kantung kecil berisi kayu manis atau daun pudina. Semut tak suka. Saya dah cuba semua petua di atas. Alhamdulillah, setakat ni berkesan. Kadang-kadang, kalau malas nak buat air semburan garam, saya tabur garam kasar je. Pun boleh juga.

Selamat Mencuba! Nanti jangan lupa kongsikan dengan saya hasilnya ya.




Kerabu Taugeh dan Pegaga

Ni menu beberapa hari lepas. Kebetulan masih ada kerisik dalam peti sejuk. Pegaga 'tuai' dari kebun :) Pokok pegaga di taman herba saya dah bertambah jadi tiga pasu! Heheheh.

Kerabu Taugeh dan Pegaga

Maaf, kali ini tak boleh disertakan resepinya. Saya main campak-campak bahan ikut resepi kerabu taugeh yang terlintas di kepala. Then, tambahkan daun pegaga. Taugeh dan pegaga saya celur dalam air panas sekejap. Kemudian, tuskan dan cepat-cepat masukkan dalam air sejuk. Jadi, taugeh akan kekal rangup dan tidak terlalu lembik/lodoh. Since saya suka pedas, saya masukkan potongan cili api :) Ratah macam tu je pun sedappppp!





Projek Tanam Herba

Isnin, Ogos 18, 2014


Semalam semasa mengemas stor, saya jumpa beberapa biji gelas plastik lama. Sayang nak buang, saya gunakan sebagai pasu untuk tanam pokok herba. Kebetulan, saya sedang cuba nak tanam 'rosemary'. Melalui pembacaan, rosemary ni senang nak tanam sama macam pudina jugalah. Pada masa yang sama, saya cuba-cuba tanam thyme. Hari tu beli thyme, tapi belum sempat lagi nak guna untuk masak. So, cucuk jugalah setangkai dua. Kalau ikutkan, thyme ni kena tanam guna seeds. Tengoklah nanti, jadi ke tidak :)

Pudina, Rosemary & Thyme

Personally, saya suka tanam herba dalam pot kecil-kecil begini. Bila herba-herba ni bertumbuh, boleh beri pada jiran dan kawan-kawan. Letak kat tingkap dapur. Tak susah pun nak maintain.