Resepi Mudah - Coleslaw Jagung Manis
Selasa, Februari 18, 2014
Kali ni nak ubah selera sedikit. Instead of buat coleslaw dengan kobis+mixed vege/carrot, saya buat dengan jagung manis. Jagung manis tu dipisahkan dari tongkolnya kemudian dikukus sebentar sehingga lembut. Kemudian, campurkan jagung tadi dengan kobis yang telah dicincang. Untuk 'dressingnya' :
- 2 sudu mayones
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 2-3 sudu besar perahan lemon
- garam secukup rasa
Kacau hingga sebati kemudian gaulkan 'dressing' dengan 'coleslaw' yang telah disediakan. Kalau tak mahu 'coleslaw' tu 'soggy', boleh juga diasingkan 'dressing'nya dalam mangkuk lain.