Berwudhu' dengan Secawan Air @ Air yang Sedikit
Ahad, Mac 02, 2014
Sekarang ni kat Selangor, ada gangguan bekalan air + air kena catu. Kawasan rumah saya pun terlibat. Sedih je pandang pili paip tak ada air yang menitik :) Time tak ada air begini, antara perkara yang jadi kebimbangan ialah bagaimana nak wudhu' dengan jumlah air yang terhad.
Sebenarnya nak berwudhu tak perlu kuantiti air yang banyak pun. Kita di Malaysia ni yang terbiasa dengan amalan buka pili air besar-besar, guna air yang deras untuk mengambil wudhu'. Di sesetengah negara yang selalu kemarau/kurang air, umat Islamnya memang mengambil wudhu' menggunakan air yang minima. Malah kalau kita amati cara Rasulullah (saw) berwudhu', baginda hanya menggunakan 1 mud air (lebih kurang 750ml/ setengah botol air mineral besar). Wudhu' tetap sempurna kendatipun menggunakan semug air/segayung air/sebotol air mineral kecil jika dilakukan dengan betul.
So, time krisis air beginilah, cara wudhu' dengan air yang sedikit perlu kita praktikkan. Air masih ada, cuma tidak banyak dan bercatu. Jadi tidak boleh jatuh sebab yang membolehkan tayammum. Mujurlah dulu time sekolah ada buat praktikal cara wudhu' begini untuk PAFA. Tak adalah pening kepala nak ambil air sembahyang setiap kali tiba waktu solat.
Untuk kalian yang kurang jelas dengan cara-caranya, boleh tonton video yang saya jumpa di Youtube ni.
Terima kasih pada suffi76 kerana upload video ini sebagai panduan.
Update 5 Mac 2014
Satu lagi video sebagai panduan kita semua.