Paper Craft Pattern Scissors @ Gunting Kraf Bercorak

Isnin, Mac 10, 2014

Gunting kraf (tidak kiralah sama ada yang bergerigi atau bercorak) merupakan antara peralatan asas untuk kraf kertas. Dengan menggunakan gunting kraf, kita boleh buat kemasan bercorak yang cantik pada bahagian tepi kertas/kad. Harga gunting kraf kat pasaran tak mahal sangat. Roughly around RM3.50 - RM5.00/sepasang.

Gunting bercorak untuk kraf kertas

Saya ada beberapa pasang gunting kraf dalam koleksi saya. Kebiasaannya saya akan beli jenama DecaMax atau PopArts (produk keluaran POPULAR). Kalau nak dapat good bargain, beli masa POPULAR buat promosi. Selalunya promosi untuk produk PopArts terpilih boleh menjangkau sehingga 50%. 

Set Gunting Kraf PopArts


Set gunting kraf di atas saya beli masa sale. Harga asal - RM19.90. Harga setelah diskaun 30% ialah RM13.93. Jadi, secara kasar harga sepasang gunting jatuh lebih kurang RM1.75/sepasang. Bagi saya yang suka potong-potong kertas ni... memang berbaloilah sangat-sangat!


Sarapan ala Negara Matahari Terbit by Rena Cruzee

Ahad, Mac 09, 2014

Hari ini sayalah kakak yang paling besar hati! Kembang-kempis hidung saya bila bangun dah ada sarapan istimewa yang menanti. Cekengah saya yang walang hati mengikuti perkembangan MH370 bersusah-payah buat sushi untuk sarapan pagi Ahad. Sepatutnya Cekengah dan Cekebon 'outing' hari ni,..tapi tak jadi pulak. Rezeki sayalah nak rasa air tangan adik sendiri yang selama ni asyik busy.


Thanks so much, Rena! Really appreciate the platter. Along doa supaya angah dapat terus berbakti buat kakak kesayanganmu ini. Tak dapat tiap-tiap hari, setiap hujung minggu pun jadilah! 

Hehehe...nway, sushi buatan Cekengah sangattttttt delicious!


Bila Stoking Cari 'Soul Mate'

Jumaat, Mac 07, 2014

Projek DIY saya baru-baru ini.

Missing Socks Board

Inilah 'Missing Socks Board' yang saya buatkan untuk my one and only sis, Cekengah@Rena. Si Rena ni selalu je hilang pasangan stoking dia setiap kali lepas buat laundry. Kalau lengkap sepasang stoking dia, tu dah kira seribu rahmat dah tu. So, saya terfikir untuk hadiahkan adik comel bam bam saya ni dengan this board supaya dapatlah dia jejak semula stoking-stokingnya.

Saya cari 'cork board' yang kecil, hias dengan scrap papers, sticker fonts dan letak 4 penyangkut baju (thanks to Bott yang berusaha cari 4 penyepit baju paling decent dan cantik yang ada kat rumah) untuk dia gantung stokingnya yang hilang/tak jumpa pasangan. Cukuplah tu, kan? Takkan sekali hilang sampai empat pasang stoking ;) 

Hope you like this board, Rena! Really hope this will help to solve your 'tak-cukup-lagi-satu' socks problem.

Missing Socks Board ini sesuai untuk dijadikan hiasan bilik dobi, kan?

Chocolate & Peanut Butter Muffin

Cuaca panas + rumah tak ada air (kena catu) buat rasa craving saya terhadap benda-benda manis semakin menjadi-jadi. Tiba-tiba petang ni teringinlah pula nak makan muffin coklat. Dah lama rasanya tak buat muffin. Cip coklat tak ada stok pula. Aisshhhh, tak syokkkk! Takkan nak buat muffin coklat kosong je (bukan main mengada-ngada pula 'taste-buds' saya hari ni). So, since cip coklat tak ada, saya guna peanut butter sebagai filling untuk muffin saya. Adalah rasa creamy+nutty sikit.


Guna mana-mana resepi muffin coklat yang kalian biasa guna. Kemudian, masukkan adunan muffin ke dalam 'muffin tray/muffin cups' separuh penuh. Letakkan satu sudu kecil mentega kacang jenama 'Lady's Choice' - saya gunakan peanut butter jenis yang 'creamy'. Tak pasti pula hasilnya bagaimana jika jika gunakan jenis yang 'chunky'. Tuangkan sedikit lagi adunan muffin untuk tutup permukaan mentega kacang tadi.

Saya memang sarankan guna 'Lady's Choice' atau mentega kacang lain yang teksturnya lebih kurang sama. Saya pernah guna mentega kacang yang lebih murah. 'Filling' tak menjadi. Mentega kacang yang diletakkan dalam adunan akan kering, pecah & 'merayap-rayap' keluar. Sungguh tidak cantik rupanya.