Promosi Material & Peralatan Kraf di POPULAR
Isnin, Mac 31, 2014
Hari ini saya perlu hantar ibu ke PPUM untuk check-up. Sementara menunggu, saya dan Bott sempat curi peluang ke Ikano Power Centre (IPC). Singgah POPULAR. Sekarang sehinggalah 20 April nanti, ada promosi potongan 25% untuk barang dan peralatan kraf keluaran POPULAR. Masa inilah, jika ada duit lebih, saya akan beli embelishments, decorations dan peralatan kraf yang selama ini saya idamkan.
Pembelian berbaloi saya untuk kali ini ialah 'glue tape refills' dan 'Deep Edge Border Punch'. Sekotak 'glue tape refills', ada 10 isian semula + 2 lagi isian semula percuma. Harga biasa sekitar RM40 dan paling murah pun dalam RM35/kotak. Tapi promosi kali ni, harganya jatuh hingga RM29.95. Puas hati saya dapat beli sekotak buat stok. Untuk paper-crafts, kita memang akan banyak gunakan 'glue tape', jadi bila ada peluang macam ni memang kena grab.
![]() |
Glue tape yang biasa saya gunakan. Brand 'norino'. |