Tutorial Cara Membuat Origami Tali Leher

Isnin, Mei 05, 2014

Ada yang bertanyakan kepada saya cara untuk membuat origami tali leher yang saya gunakan untuk membuat kad Hari Guru untuk sambutan Hari Guru yang bakal menjelang. Saya kongsikan tutorialnya di sini. Bagi yang mengalami kesukaran untuk ikut langkah-langkah di bawah, boleh cuba cari video di youtube. Seingat saya, ada banyak pilihan video demonstrasi membuatnya.
Credits

Bagi dapatkan hasil lipatan yang cantik, seeloknya jangan guna kertas yang tebal sangat. Guna kertas nipis yang ketebalan kertasnya lebih kurang seperti kertas khusus untuk buat origami. Tetapi, andai kalian guna kertas yang agak tebal, gunakan bone folder supaya kesan lipatan jadi lebih kemas, tidak renyuk.

Selamat mencuba! Selamat menghasilkan tali leher-tali leher yang comel!

Sesal Separuh Nyawa - Alyah

Saya baru beberapa kali dengar 'single' terbaru daripada Alyah di radio.

Mana harusku hamparkan 
Rindu tiada kesudahan 
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Asyik humming chorus lagu ni sepanjang hari. Secara peribadi, saya rasa kekuatan 'Sesal Separuh Nyawa' terletak pada gubahan melodi dan cara Alyah membawakannya. Dari segi lirik pula, straight to the point. Tak ada bahasa atau kiasan berbunga-bunga.




Panduan Ketika Membantu OKU Penglihatan

Jumaat, Mei 02, 2014

Kadangkala, apabila terserempak dengan golongan tunanetra ni, ramai yang tergerak hati untuk menghulurkan bantuan. Apalagi apabila insan istimewa tersebut ingin melintas jalan atau memerlukan bantuan tunjuk arah. Tetapi, ada beberapa perkara yang perlu kita titikberatkan.

Jika mahu memimpin atau menuntun mereka:

  • Jangan sekali-kali mengambil atau menarik tongkat mereka. Segelintir daripada kita beranggapan bahawa cara paling mudah untuk menunjukkan jalan kepada golongan ini adalah dengan menarik/memegang mana-mana bahagian tongkat mereka (dgn niat mereka akan lebih senang menurut langkah anda). Sebenarnya, tindakan ini akan 'melemaskan' mereka. Tidak keterlaluan jika saya katakan akan membuatkan mereka panik. Tongkat umpama mata buat mereka. Jika kita gunakan mata untuk lihat lubang, tunggul, batu atau kayu,...mereka guna tongkat untuk kenal pasti semua objek ini. Jadi, apabila kita tarik tongkat mereka (tongkat tak cecah bumi), mereka tak dapat rasa apa-apa. Secara tak langsung, kita dah buat mereka rasa bimbang kerana tidak pasti dengan apa yang ada di sekeliling mereka.
  • Pimpin mereka dengan memegang bahagian siku atau lengan dengan lembut.
  • Jangan 'heret' atau 'tarik' mereka. Langkah kita tidak sama dengan langkah mereka. Jadi, sebaiknya, jalan beriringan dan biar mereka ikut 'pace' langkah mereka dengan selesa. 
  • Jika perlu, berikan arahan dengan jelas. Seandainya mahu belok ke kiri, nyatakan yang kita perlu belok ke kiri sekarang,.../lepas langkah longkang ni, kita akan belok ke kanan,...Ingat, yang ada mata untuk melihat tu kita dan yang kita pimpin tu tak tahu apa yang bermain di fikiran kita. Elok-elok jalan lurus, tiba-tiba kena heret ke kiri. Nanti tak pasal-pasal kita buat dia tersentak.

Mudah je kan? Membantu golongan ini memang amalan yang terpuji, tetapi biarlah kena dengan gayanya. Jangan niat kita nak menolong tetapi akhirnya memudaratkan mereka pula. 

*Panduan ini sekadar perkongsian berdasarkan pemerhatian dan pergaulan saya dengan insan-insan istimewa :) Semoga bermanfaat buat kita semua.




Soda Gembira Hari Pekerja

Hehehe air bandung soda je sebenarnya. Minggu lepas masa tengah borak-borak dengan Angah & Bott, tertimbul isu 'air soda gembira' yang kitorang minum di restoran Ieko. Masing-masing telan air liur sebab teringin nak minum air bandung + aiskrim soda. Kebetulan time tu cuaca tengah panas terik. Tapi, kat rumah tak ada susu cair dan air soda.

So, masa pergi marketing baru-baru ni, susu cair dan air soda jadi item teratas dalam shopping list Bott. Since semalam semua orang ada kat rumah, inilah air penghilang dahaga kami sambil tengok TV & layan internet :)