Nak cuba tak biskut rangup dan
yummy nih? Ini antara biskut kegemaran saya. Tak perlu tunggu raya. Buat untuk makan hari-hari biasa pun
, cepat je balang biskut lengang!
Drop cookies. Tak payah nak bentuk-bentuk atau terap. OK, ambil resepi ni :)
Resepi Biskut Oreo Coklat Cip
Bahan A
150g mentega
150g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Bahan B
180g tepung naik sendiri
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
(Ayak, kemudian masukkan 1/2 sudu teh garam halus)
Bahan C
100g coklat putih (parut halus)
160g coklat cip
100g biskut oreo (boleh beli yang telah sedia dihancurkan/hancurkan sendiri)
80g cornflakes (kisar halus)
Cara-cara:
- Panaskan ketuhar 170 - 175 darjah celcius.
- Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sekata. Kemudian, masukkan pula esen vanila.
- Setelah adunan menjadi gebu dan warna bertukar pucat, masukkan Bahan B. Gaul rata.
- Masukkan parutan coklat putih, coklat cip, biskut oreo dan cornflakes. Gaul hingga semua bahan menjadi sekata.
- Ambil satu sudu teh adunan dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilengser. Jarakkan sedikit kedudukan doh biskut kerana biskut akan mengembang.
- Bakar selama 12 - 15 minit (bergantung pada ketuhar masing-masing)
Selamat Mencuba!