Aku JODI, Jomblo Ditinggal Mati

Isnin, September 08, 2014


Dan aku begini karena kekasih hatiku telah pergi
Dan takkan kembali, Ia telah mati kenalkan namaku
Aku jodi jomblo ditinggal mati
Jadi pacar ku tak rugi
Aku jodi, jomblo ditinggal mati
Pokonya buy one gets one free
Aku jodi, jomblo ditinggal mati
Yang pasti ku setia sampai mati


Dari semalam, bawa ke hari ini. Saya tak henti-henti humming dan nyanyi lagu Wali. Kalau tak hum pun, dalam kepala macam ada CD player yang dok ulang, ulang dan ulang. Bott sampai naik pelik (annoyed pun ada kot!) Lagu apa tu? Jodi? Jomblo?

Alkisahnya, ada kenalan saya dari Indonesia yang minta bantuan saya untuk 'transposed' kan kord gitar lagu JODI dendangan Wali Band ni kepada chords yang lebih mudah. Jadi, petang semalam saya 'berkubang'lah dengan Si Kapok cuba nak tunaikan permintaannya.

Lagu ni saya tak pernah dengar. Saya hanya familiar dengan lagu Wali yang popular di Malaysia,..yang slow macam Langit Bumi dan Doa Untukmu Sayang,..yang selalu jadi soundtrack/lagu background drama-drama TV. So, bila diminta untuk buatkan chords mudah lagu JODI, saya macam pening-pening lalat sedikit.

'Apa? JODI?'

'Iya, teh. Kependekan untuk 'Jomblo Ditinggal Mati' 
Biasalah, di sana mereka cenderung untuk gabung-gabung perkataan [Contoh: ultah - ulang tahun, fotbar - foto bareng (ambil gambar sama-sama), curhat - curahan hati] even dalam lagu - PUSPA - Putuskan Saja Pacarmu, Tomat - Tobat Maksiat.

Oohhhh! (Kononnya paham.)  
Huh?! JOMBLO?

Malas nak bersoal jawab lebih-lebih, saya pun cari lagu tu dan cuba dengar. Hehehe lagu rancak. Kelakar & catchy. Lagunya kiut-kiut gitu! Saya ended up main lagu ni sepanjang petang. 'Jomblo' rupa-rupanya panggilan untuk orang yang tak ada pasangan ;) 

Hmmm, nampak gayanya kena betulkan allignment otak. Kikis lagu JODI keluar. Walaupun saya off hari ni, ada job editing nak kena buat.


HAVE A MAGNIFICENT MONDAY!


'Alphabets Rubber Stamps' untuk Kraf Kertas

Sabtu, September 06, 2014


Alphabets Rubber Stamps @ Cap Getah Huruf adalah antara peralatan kraf yang boleh cantikkan dan tingkatkan lagi nilai projek kraf kertas kita. Saya tidak anggap Alphabets Rubber Stamps sebagai satu keperluan asas kraf / a-must-have. Tetapi, jika anda ada peruntukan bajet yang lebih, belilah satu set rubber stamps capital letters dan satu set small letters. Senang kalau nak tulis ucapan di atas kad atau scrap page

Seperti dalam gambar di atas, saya tidak ada rubber stamp yang khusus dengan kata-kata 'Miss You So Much!'. Jadi, saya gunakan cap-cap huruf berkenaan. Selain itu, kita juga boleh menggunakan font stickers or embellishments (baca mengenainya di sini).

Lihat contoh di bawah pula.


Harga satu set rubber stamps seperti ini (juga terdapat dalam set nombor) tidak menentu. Bergantung kepada saiz dan jenama yang ada di pasaran.


Cekebon dan Sesisir 'Mauzun'

Semalam Cekebon kena hantar darah di PPUM untuk appointmentnya minggu hadapan. Pergi dengan Cekengah, balik dengan Uje. Masa saya sambut Cekebon di pintu, Uje hulur pada saya sesisir pisang. 

"Bon tak boleh makan pisanglah," saya ingatkan adik saya. Ibu saya on low potassium diet.
"Tahu. Bukan untuk dia. It's for you!"

Untuk saya? Bila pula saya kirim pisang?

Rupa-rupanya, selepas urusan ambil darah selesai, Uje bawa Cekebon pergi sarapan di sebuah restoran daun pisang (Favourite Cekebon nih! Dari dulu excited kalau makan beralaskan daun pisang.) Nak dijadikan cerita, since semalam hari Jumaat, pemilik restoran tu letak pisang di atas meja untuk jamu para pelanggan. Atas meja Cekebon adalah dalam 3 biji. Terkulat-kulat je dia pandang pisang tu. Last-last dia tanya kat Uje boleh tak dia nak ambil pisang tu barang dua biji. 

"Ibu kan tak boleh makan pisang. Potassium."
"Nak bawa balik kasi Along. Dia suka 'mauzun'."

Masa adik saya cerita, terharunya saya! Nak tergelak pun ada. Amboi, Cekebon! Main tapau-tapau pulak! Saya memang suka makan pisang. Apa-apa yang berasaskan pisang saya memang tidak akan tolak! Semasa di matrikulasi, kena belajar Bahasa Arab. Buah pertama yang saya belajar - MAUZUN (pisang). Teman-teman sekampus pun tahu yang saya hantu pisang. Sampai ada yang gelar saya Farrah Mauzun. Hehehe itu cerita dulu. 


Alhamdulillah, tak pasal-pasal hari ni dapat rezeki sesisir 'mauzun'. Adik saya tak sampai hati tengok mestika hati kami ni nak 'import' balik dua biji pisang semata-mata kerana saya. (Tapi itu memang Cekebon. Kat mana-mana nampak pisang memang akan teringat kat saya. Teruk benar penangan-suka-pisang saya ni agaknya!) Usai bersarapan, Uje pun singgahlah kedai buah, belikan pisang untuk si kakak. Tunaikan hajat Cekebon. Cekebon happy. Kak Long double triple happy!

Thanks, Je. Thanks so much, Cekebon. Mmmuaahhhhhhh!


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!


Agar-agar Cendol yang Marvellous

Jumaat, September 05, 2014

Saya kagum dengan orang yang pandai buat agar-agar dan kuih talam aneka jenis, macam-macam warna,..macam-macam rasa! Respect sangat! Saya bab agar-agar tahu buat yang basic je. Berlapis-lapis seperti yang di bawah ni memang FAIL! Hmmm, kuih talam lagilah! Talam (dulang) je saya ada. Kuihnya memang tak tahu buat. Talam labu, talam ubi, talam jagung,...semuanya hanya tahu makan! Saya rasa remeh sangat nak sediakan! Bagi saya orang-orang expert+sabar je boleh hasilkan kuih-muih begini.

Agar-agar Cendol
Ini agar-agar cendol. Kawan Cekebon yang buat. Sedapppppp! Manisnya cukup,..lemaknya cukup. Rupanya tok sah cakaplah. Memang memancing selera! Terharu bila makan huhuhuh (terharu yang tak larat tu!) Sejukkan dalam peti ais, dah betul-betul sejuk baru dihidangkan. Lagi syiokkkkk!

Nota Senyum: Semoga satu hari saya tergerak hati untuk belajar dan cuba buat kuih-kuih begini ;)