Peanut Butter French Toast untuk Sarapan
Jumaat, September 26, 2014
Selamat Hari Jumaat, semua! Dah sarapan? Makan apa? Hari ni saya buat french toast untuk sarapan (yang lebih kepada brunch sebenarnya). Tetapi, ini bukan french toast biasa. Ada filling peanut butter di dalamnya :)
Tidak cukup itu, lapisan luar disalut pula dengan oat. Rangup emping oat di bahagian luar roti … peanut butter yang meleleh keluar … memang lazat dan mengenyangkan!
Jom intai resepi french toast mentega kacang di bawah. Mana tahu bakal jadi salah satu hidangan sarapan kegemaran kalian pula.
Peanut Butter French Toast with Oat |
Peanut Butter French Toast with Oat (Portion for 1-2 pax)
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 biji telur
- 4 keping roti (Saya guna roti fibre.)
- Mentega kacang yang secukupnya (Kebetulan di rumah ada mentega kacang berlapis dengan coklat)
- 3 sudu besar instant oat
- 2 sudu besar susu (Kalau tak letak pun tak apa)
- Secubit garam jika mahu. (Saya tak letak pun.)
- Sedikit mentega/marjerin untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Ambil dua keping roti. Sapukan mentega kacang pada roti semewahnya. Kapit roti kemudian potong kepada dua bahagian. Lakukan yang sama pada baki dua keping roti lagi.
- Pukul sedikit telur + garam (jika menggunakan garam).
- Ratakan instant oat di atas piring.
- Celup roti ke dalam telur. Kemudian, letak roti di atas piring dan sadurkan sehingga semua bahagian dilitupi dengan oat.
- Panaskan kuali leper. Letakkan sedikit mentega atau marjerin. Masak roti di atas kuali leper selama 2 - 3 minit. Terbalikkan roti dan masak sisi yang satu lagi untuk tempoh yang sama.
- Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!