Peanut Butter French Toast untuk Sarapan

Jumaat, September 26, 2014

Selamat Hari Jumaat, semua! Dah sarapan? Makan apa? Hari ni saya buat french toast untuk sarapan (yang lebih kepada brunch sebenarnya). Tetapi, ini bukan french toast biasa. Ada filling peanut butter di dalamnya :) 

Tidak cukup itu, lapisan luar disalut pula dengan oat. Rangup emping oat di bahagian luar roti … peanut butter yang meleleh keluar … memang lazat dan mengenyangkan! 

Jom intai resepi french toast mentega kacang di bawah. Mana tahu bakal jadi salah satu hidangan sarapan kegemaran kalian pula.


Peanut Butter French Toast with Oat

Peanut Butter French Toast with Oat (Portion for 1-2 pax)

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 biji telur
  • 4 keping roti (Saya guna roti fibre.)
  • Mentega kacang yang secukupnya (Kebetulan di rumah ada mentega kacang berlapis dengan coklat)
  • 3 sudu besar instant oat
  • 2 sudu besar susu (Kalau tak letak pun tak apa)
  • Secubit garam jika mahu. (Saya tak letak pun.)
  • Sedikit mentega/marjerin untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Ambil dua keping roti. Sapukan mentega kacang pada roti semewahnya. Kapit roti kemudian potong kepada dua bahagian. Lakukan yang sama pada baki dua keping roti lagi.
  2. Pukul sedikit telur + garam (jika menggunakan garam).
  3. Ratakan instant oat di atas piring.
  4. Celup roti ke dalam telur. Kemudian, letak roti di atas piring dan sadurkan sehingga semua bahagian dilitupi dengan oat.
  5. Panaskan kuali leper. Letakkan sedikit mentega atau marjerin. Masak roti di atas kuali leper selama 2 - 3 minit. Terbalikkan roti dan masak sisi yang satu lagi untuk tempoh yang sama. 
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!



32 ulasan

  1. ishh kak farrah ni suke bt ayu terliur tau... hari ni baru je nak makan bubo nasi tauuu sbb entry kak farrah ritu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha udah dinikmati buburnya?! Lps ni cuba buat french toast pulak ye :)

      Padam
  2. sedapnyee.. bru sarapan roti telur pg td..huhu... nk cube la nt.. :)

    BalasPadam
  3. sedapnyaa, tapi nak buat tuu yg malas. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe kalau dah ada M kat pangkal tu, memang tak boleh tolong, Mimin. Akak kalau datang kemalasan bertingkat-tingkat, memang makan roti kosong je :)

      Padam
  4. nampak sedaaaap tu kak tapi kalo CT letak cheese saja kot sebab tak makan peanut butter hihikhik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, itu pun sedappppp CT! French toast cheese leleh gitu ;)
      CT x suka peanut butter ye...

      Padam
  5. Kak, kenapa resipi akak simple tapi sedap2? Haha. Budak memang gilakan resipi yg mudah2.

    Btw, budak nak ucap terima kasih sebab akak sudi singgah blog budak. :)
    Lepak Sabtu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe akak ni tak pandai masak benda rumit2, budak. Lain jadinya! So masaklah yg simple2 janji kenyang & perut terisi. Nway, akak pun nak ucapkan terima kasih byk2 sebab budak rajin dtg berkunjung ke mari :)

      Padam
    2. best kan masak benda simple. saya selalunya tgk resipi asal bahan dia banyak tapi bila saya yg buat bahan dia jadi sikit sebab saya menderhakai resipi asal. hehe

      Padam
    3. Budak buat akak gelak besar - derhaka resepi asal :)

      Padam
  6. makan panas2 mmg sedap la rasa ranggupnya..saya breakfast makan roti biasa ja kak,nak buat ala2 barat malas..hehe

    BalasPadam
  7. unfff.. sedapnya!! tapi saya xley kacang sangat. ada masalah kulit. sobs

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh tak pe. Amy leh cuba,..dalam tu letak jem :)
      Klu ada masalah kulit, jauhi kekacang yg jahat tu hihihi

      Padam
  8. Mesti sedap ni kan, K.Farrah.
    Saya suka anything yang based on roti..based on oats.
    Psttt...tapi, yang paling suka yang based cheese.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan saja sedap,..mengenyangkan Shikin sebab dengan peanut butternya,..tambah oat lagi.
      Ohhhh, kehebatan cheese memang tak dapat disangkal hehehe

      Padam
  9. tetiba jer terasa lapar tengok roti farrah tu... nak beli oat la nanti nak try... hehehe... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu tak de oat, Idah pula salut dengan cornflakes yg diramas kasar. Lagi ranguppp!

      Padam
  10. sedap!!!! nak buat malas. hihihi. acener tu?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa,..tak pe. Jamu mata je...akak dah tolong makan bg pihak ros ;)

      Padam
  11. Untung lah sesapa yg dapat menambat hari cik Farrah ni...bangun pagi je leh mkn bfast yg sedap hihhihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu xde untung mananya, JM. Saya masak ikut mood,...hahaha tak ke naya, bila ada mood je baru makan! :D

      Padam
  12. ok yg ni nampak sgt sodapp.. tp syg xminat kacang.. dan kt uma ni xde jem.. cuma ade planta je..dahnya kite ni gila rotii.. memang cair gini.. hikhik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak minat kacang, guna jem atau kaya pun boleh :)
      Tukar-tukar je bahannya ikut apa yg ada.

      Padam
  13. fuyooo. macam best ja makan pagi-pagi

    BalasPadam
  14. kegemaran betul ni kalau kaitan dengan peanut butter.. Hehee

    BalasPadam
  15. Tetibe rasa macam menarik pula bila buat macam nie.. Mesti extra kenyangkan kalau makan macam nie..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.