Mi mi mi mi mi mi mi mi!

Isnin, September 29, 2014

Di dalam bilik kraf.

Buat kerja editing sambil dengar radio.

Tengah struggle untuk merombak satu ayat. Tak ada idea :( Dah tiga empat kali saya cuba ubah, tetapi tetap sumbang bunyinya! Ada something yang tak kena....Ada sesuatu yang hilang,...tak cukup...

Hmmmm,...

Berfikir dan berfikir lagi.

Fikir lagi,...cuba untuk lebih fokus! Tiba-tiba,.....



♩ ♫♬
Mimimimimimimi
Mimimi only mimi
Mimimimimimimi
 
Mimimi sexy mi
♩ ♫♬ 


Rasa macam pecah-berderai-berkecai semua yang sedang saya fikirkan. Lagu apa ni?! Mi Mi Mi?! Dengan suara nyaring dan sebahagian besar lirik lagunya mi mi mi mi mi,...lagu ni betul-betul buat saya rasa gemas! Annoying sungguh! Terkial-kial saya menunggu lagu tu habis. Tak tergerak hati pula nak ambil remote dan tukar ke stesen radio lain huhuhu. Sudahnya, saya kemas kertas-kertas atas meja, tutup fail. Tutup lampu. OK, bai!

SELAMAT MEMULAKAN MINGGU BARU!


Nota Senyum: Mungkin atas faktor usia (dah tua dah akak ni,...), wave dah berbeza,...lagu Mi Mi Mi tu masuk telinga kanan terpelanting keluar ikut telinga kiri!

Suka juga layan lagu ni sekali-sekala. Alang-alang chords gitarnya mudah, saya kongsikan di sini.

Kord Gitar From FAMF Tower



Kord Gitar dan Lirik Pasti Sempurna - Kristal feat. Ronnie Hyper Act




(Intro)
Am F G Am E F

Am F G
Ada waktu sukar mengejarmu
Am F G
Moga tabah sabar bersamamu
Dm G
Jauh ku di luar sana
C G
Mendoa dikau bahagia
Am G D
Yakini dirimu
G
Pasti sempurna


(Chorus)
C G
Harapan semoga dirimu dilindungi
Am Em
Sinar rahmat bahagia
F G
Jalanmu lurus dan kekal berjaya
Am G
Diredhai Yang Maha Esa
Bm F G
Walau dalam sukar dan diri ini
Am Em
Diperlukan namun tiada
F
Doa dan harapan
G Am
Hanya mampu ku utus bersama


Am F G
Ku sematkan azimat kenangan
Am F G
Menemani jiwa kehilangan
Dm G
Menghapus segala resah
C G Am
Mendorong di kala hiba
G D
Teguhlah jiwamu
G
Selama-lama
Em
Huuuuu ooohh

Ulang (Chorus)



Though miles may lie between us,...

Sabtu, September 27, 2014

Thinking of You :)

Mesej yang tertera pada kad di atas khusus buat semua tetamu FAMF Tower.
Selamat berhujung minggu, ya! 
Saya hargai setiap kunjungan dan komen kalian. Jangan serik untuk jengah ke mari lagi :)
Have a fantastic weekend! Jumpa lagi minggu hadapan!


Nota Senyum: Dah tukar kepada 'mode' menjauhkan diri dari komputer, mendekatkan diri dengan keluarga  ^_^



Peanut Butter French Toast untuk Sarapan

Jumaat, September 26, 2014

Selamat Hari Jumaat, semua! Dah sarapan? Makan apa? Hari ni saya buat french toast untuk sarapan (yang lebih kepada brunch sebenarnya). Tetapi, ini bukan french toast biasa. Ada filling peanut butter di dalamnya :) 

Tidak cukup itu, lapisan luar disalut pula dengan oat. Rangup emping oat di bahagian luar roti … peanut butter yang meleleh keluar … memang lazat dan mengenyangkan! 

Jom intai resepi french toast mentega kacang di bawah. Mana tahu bakal jadi salah satu hidangan sarapan kegemaran kalian pula.


Peanut Butter French Toast with Oat

Peanut Butter French Toast with Oat (Portion for 1-2 pax)

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 biji telur
  • 4 keping roti (Saya guna roti fibre.)
  • Mentega kacang yang secukupnya (Kebetulan di rumah ada mentega kacang berlapis dengan coklat)
  • 3 sudu besar instant oat
  • 2 sudu besar susu (Kalau tak letak pun tak apa)
  • Secubit garam jika mahu. (Saya tak letak pun.)
  • Sedikit mentega/marjerin untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Ambil dua keping roti. Sapukan mentega kacang pada roti semewahnya. Kapit roti kemudian potong kepada dua bahagian. Lakukan yang sama pada baki dua keping roti lagi.
  2. Pukul sedikit telur + garam (jika menggunakan garam).
  3. Ratakan instant oat di atas piring.
  4. Celup roti ke dalam telur. Kemudian, letak roti di atas piring dan sadurkan sehingga semua bahagian dilitupi dengan oat.
  5. Panaskan kuali leper. Letakkan sedikit mentega atau marjerin. Masak roti di atas kuali leper selama 2 - 3 minit. Terbalikkan roti dan masak sisi yang satu lagi untuk tempoh yang sama. 
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!