|
Bismillah Lima |
Terjemahan Ayat:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan.
Dengan nama Allah Yang Mencukupi.
Dengan nama Allah Yang Memberi Kesejahteraan.
Dengan nama Allah Yang Tidak Memberi Mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Ayat Bismillah 5 ni banyak kebaikannya. Selain daripada elok dibaca setiap kali selepas solat, ayat ini boleh dijadikan sebagai ayat rawatan Syifa' untuk penyakit-penyakit dalam badan. Dipercayai pengamal ayat ini akan dilindungi Allah (dengan izin-Nya) daripada termakan atau terminum racun/benda-benda yang tidak elok.
Tetapi, apa yang saya nak kongsikan hari ini ialah manfaat amalan ayat ke-5 (yang paling panjang tu) sebagai ayat penggerak. Apa yang dimaksudkan dengan ayat penggerak?
Ayat ini sangat berguna buat saya terutamanya apabila tiba hari Selasa. Almaklumlah, orang lain dah selesai dengan Monday blues mereka...dah bersemangat meneruskan hari-hari. Saya pula baru terkial-kial nak memulakan minggu baru. Terbawa-bawa kemalasan cuti tiga hari. Tuesday blues lah kononnya! Ada sedikit elemen mengada-ngada di situ. Kebiasaannya, hari inilah hari paling tidak produktif bagi saya.
Tak boleh ikut perasaan sangat, kan? Jadi, kalau rasa-rasa mata berat, badan berat, langkah berat, nak buat apa pun malas...bacalah ayat yang dipanggil ayat penggerak ni. Saya akan zikirkan kalimah bismillah yang ke-5 tu banyak-banyak kali. Mudah-mudahan digerakkan hati kita untuk rajin, lebih ikhlas melakukan sesuatu. Insya-Allah, kemalasan berkodi-kodi tu akan terangkat! Kita akan diberikan kudrat dan semangat untuk menyempurnakan tugasan dan urusan harian kita.Semoga entri ini bermanfaat untuk kalian :)