Resepi Stew Kentang
Jumaat, Oktober 10, 2014
Salam Jumaat! Pagi ini saya nak kongsi resepi stew kentang. Haaa,..siapa-siapa nak tukar selera, bolehlah cuba masak hidangan mudah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 4 biji kentang bersaiz sederhana (potong nipis dan goreng hingga empuk)
- 1 biji bawang besar (potong bulat)
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 butir bunga lawang
- 1 inci halia (hiris memanjang)
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu besar kicap pekat
- 3 - 4 sudu besar kicap manis
- 8 tangkai cili api (Bagi yang suka makan pedas. Kalau ada budak-budak nak makan, jangan letak, OK)
- 1 sudu teh tepung jagung
- sedikit air
- sedikit minyak masak untuk menumis
Langkah-langkah Penyediaan:
- Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan hirisan bawang besar dan halia. Biarkan seketika.
- Masukkan sedikit air, kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan cili api. Kacau kuah hingga sekata. Kemudian, masukkan kentang yang telah digoreng.
- Bancuh tepung jagung dengan beberapa sudu besar air. Masukkan dan tunggu hingga kuah memekat.
- Sedia untuk dihidang!