Kebiasaannya, sebelum memulakan kelas bersama si cilik, mereka yang sampai awal ke kelas akan berkerumun depan meja saya. Sambil perhatikan saya asingkan buku, potong kertas, sediakan bahan mengajar,...akan ada segmen teka-teki. (Haa,...jangan ingat blog aje yang banyak segmen!) Mereka akan tanya teka-teki, saya akan cuba jawab. Tiap-tiap hari macam tu. Banyak betul teka-teki yang budak-budak ni tahu!
OK. Teka-teki ini malam tadi punya.
Kenapa siput babi jalan lambat?
Siapa nak jawab, jawab cepat! Nak buat
interesting sedikit,
siapa yang pantas menjawab akan dapat 'something' daripada saya. Tetapi, ada
twistnya di sini. Selain jawab teka-teki tu, kalian kena guna daya fikir sendiri untuk kaitkan rasionalnya dengan kehidupan kita. Dalam erti kata lain,
explain dulu kenapa si siput babi ni jalan lambat.
Then, gunakan jawaban anda untuk tunjukkan bagaimana
it can be reflected to our lives. Faham tak? Gunakan kreativiti kalian. Jangan
copy paste dari blog lain pula ye.
Nyatakan jawaban dan pandangan kalian di ruangan komen di bawah.
To be fair, saya tidak akan
approve sebarang komen sehinggalah pukul 11.59 malam nanti :)
Jumpa nanti selepas kelas-kelas saya tamat!