Kekangan utama apabila membaca material Bahasa Inggeris ialah kita tidak faham maksud perkataan tertentu. Malas nak cari makna dalam kamus, kita akan cuba figure out makna sendiri. Then, as time goes by, kita lupa terus perkataan tu (tanpa betul-betul tahu makna sebenarnya).
So, here comes MYVI! MYVI ialah singkatan untuk My Vocabulary Index. Just a fun term yang saya dan pelajar guna untuk refer pada buku ini. Basically, My Vocabulary Index mempunyai indeks A, B, C - Z, mengandungi daftar perkataan baru yang kita pelajari berserta maksudnya sekali.
Cara untuk Sediakan MYVI:
- Sediakan 1 buku khas. Beli buku berindeks ABC yang sedia ada di pasaran. Kalau
tak jumpa, buat sendiri. Belilah buku yang sesuai, tidak
terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Guna test/examination pad pun boleh.
- Gunakan pen warna/ Cap getah ABC (lihat sini) untuk melabel bahagian atas muka surat dengan huruf-huruf. Peruntukkan muka surat tambahan bagi huruf-huruf yang menjadi pangkal banyak perkataan. Contohnya A, B, C, D, M, P dan W. Untuk huruf-huruf seperti X, Y dan Z, satu halaman dah mencukupi.
- Kamus mini/poket. Pastikan sentiasa diletakkan bersama dengan MYVI atau di tempat yang senang nak dicapai :)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhADSIhEWlgMU8hxGILXmZs8KpvDg5Z2QgGsUx2TOcivrEq0GBU0Nl7yk68JbiYM8kV60juNsY_pb0GPC6jqVwMD5YHK_V1xc77O35t_J4ZBztMSTUNioV03ueBwa0_2zmKiSEMYtb0oO8/s640/MYVI.jpg) |
Contoh My Vocabulary Index |
Dalam gambar ni MYVI saya. Nak tunjuk MYVI anak-anak murid (yang comel + ceria sikit), tak dapatlah sebab diorang simpan :) Saya guna test pad biasa. Jika ada muka surat tertentu habis, tambah je yang baru. Then, simpan semuanya dalam fail.
Setiap kali jumpa perkataan baru, cari makna guna kamus dan masukkan ke dalam MYVI.
Contohnya:
- ambiguous - bermula dengan huruf A, masukkan di bawah A
- flibbertigibbet- bermula dengan huruf F, masukkan di bawah F
Jangan lupa untuk tulis maksudnya sekali. Dalam kelas, untuk anak-anak sekolah rendah, saya benarkan mereka tulis makna perkataan dalam Bahasa Malaysia. Tetapi, bagi pelajar sekolah menengah, saya suruh mereka biasakan diri guna English to English Dictionary. Biar mereka faham terjemahan perkataan guna Bahasa Inggeris juga. Kalau masih tak faham, baru guna kamus dwibahasa.
Then, apabila ada masa terluang, selak balik perkataan-perkataan yang kita dah belajar. Pilih satu huruf, baca perkataan dan makna yang ada dalam halaman tersebut untuk refresh ingatan kita. Ibu bapa boleh luangkan masa dengan anak-anak untuk aktiviti ini. Boleh ajar mereka guna kamus. Buat pop quiz guna perkataan-perkataan yang mereka dah belajar.
Konsepnya mudah - cari makna, masukkan dan baca semula. Kena rajin dan ada kesungguhan sikitlah. Insya-Allah, cara ni memang antara cara terbaik meningkatkan penguasaan kita terhadap perbendaharaan kata :)
Psst! Selamat beristirehat! Dua hari ni saya agak sibuk + banyak urusan di luar. Akan cuba curi masa untuk blogwalking. Kalau tak sempat jumpa minggu hadapan ye. Thanks sebab sudi singgah ke mari :)