Mulakan Minggu dengan Ceria
Isnin, Februari 16, 2015
Assalamu'alaikum semua!
Contengan nak test gel pen :) |
Berblogging dari bilik kraf pagi ni. Seperti biasa, Isnin saya tergolong dalam cuti hujung minggu ;) Tetapi hari ni ada tempahan scrapbook yang perlu disiapkan. Saya tengah 'servis' pen-pen warna saya. Siapa yang suka pakai gel pen? Biasa tak alami dakwatnya tiba-tiba semput. Keluar putus-putus. Kita yang nak menulis pun boleh hangin satu badan dibuatnya.
Saya ada beberapa tips mudah untuk atasi masalah ni. Tidak kiralah gel pen kalian tu gel pen biasa (hitam, biru atau merah) atau yang jenis berwarna-warni macam dalam gambar kat atas, boleh cuba salah satu cara di bawah:
- Kadang-kadang apabila lama tak digunakan, dakwat gel boleh jadi putus-putus. Jangan terus buang! Boleh digunakan lagi. Pegang pen pada bahagian hujung. Goyang-goyangkan pen beberapa kali seolah-olah kita nak goyangkan termometer klinik. Tujuannya supaya kandungan dakwat gel dalam pen akan tergaul sebati. Then, cuba tulis atas kertas. Insya Allah, dakwatnya akan keluar dengan lancar.
- Sekiranya masih semput-semput, lalukan tip (mata pen) pada hujung jari. Conteng-conteng hujung jari hingga dakwat keluar. Suhu pada hujung jari kita akan panaskan mata pen sekaligus clear-kan sebarang dakwat yang tersumbat.
- Selalunya kalau dakwat 'ball pen' macam hidup segan mati tak mahu, kita boleh bakar hujung matanya untuk lancarkan flow dakwat. Tetapi, untuk gel pen, kita hanya perlu sedut. Haaaa,...ini teman sekampus saya yang ajar. Dia memang penggemar tegar gel pen. Sedut je mata gel pen beberapa saat. Ala-ala buat CPR untuk pen lah ;) Sesudah tu dah boleh tulis seperti biasa. Hihihi kebarangkalian untuk tertelan dakwat atau merasa manis-payau dakwat tu memang ada, but it works.
Okay, itu sahaja untuk pagi ni. Enjoy your day! Jangan lupa senyum dan greet orang-orang yang kita jumpa. Let's put some smiles on their faces :)