Maafkan Aku - Ir Radzi (Easy Guitar Chords)

Sabtu, Mac 21, 2015

Entri menunaikan janji. To those who requested for the chords, enjoy! Lagu nyanyian Ir Radzi ni bukan lagu baru. Kembali popular selepas menjadi salah satu lagu latar yang kerap dimainkan dalam drama Teman Lelaki Upahan. Haaa,.. siapa yang follow drama ni akan perasan, kalau scene feeling-feeling je, akan berkumandanglah sama ada lagu Angin Kencang, Noh Hujan (versi akustik) ataupun lagu Maafkan Aku ni :)

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Maafkan Aku - Ir Radzi (Easy Guitar Chords)


(Intro)
Em Am D

G              Am
Telah ku buat
D                      G
Dirimu menangis
Em            Am
Jahat ku jahat
D                       G
Menyakiti hatimu


                    Am      D
Maafkan aku cinta
                      G       Em
Maafkanlah salahku
                               Am   D
Sungguh aku menyesali
                           Dm   G
Telah buatmu terluka


                        Am D
Maafkan aku cinta
                      B7        Em
Jangan kau tinggalkan aku
                          Am
Ku mohon padamu
D                    G
Maafkanlah aku

Am D G

Em           Am
Jahat ku jahat
D                       G
Menyakiti hatimu



                    Am      D
Maafkan aku cinta
                      G       Em
Maafkanlah salahku
                               Am   D
Sungguh aku menyesali
                           Dm   G
Telah buatmu terluka


                        Am D
Maafkan aku cinta
                      B7        Em
Jangan kau tinggalkan aku
                          Am
Ku mohon padamu
D                    G
Maafkanlah aku

 

Am G Em
                             Am    D
Sungguh aku menyesali
                           Dm    G
Telah buatmu terluka


                       Am   D
Maafkan aku cinta
               B7        Em
Ohhh tinggalkan aku
                         Am
Ku mohon padamu
D                    G
Maafkanlah aku
                         Am
Ku mohon padamu
D                     G
Maafkanlah aku




Selamat Berhujung Minggu!

Happy Weekend!

Dah sedia untuk hujung minggu yang santai? Selamat berehat ye...Nampak tak kelopak mawar merah jambu kat atas tu? Antara bunga Get Well Soon yang Cekebon terima semasa di hospital. Macam-macam bunga Cekebon dapat. Orkid, carnations, daisies, roses....Sudahnya, jadi 'rejeki' saya untuk uruskan jambangan-jambangan tu :)

Dalam banyak-banyak bunga, saya tertarik dengan pink roses ni. Ada projek nak buat habis kelas nanti. Nak buat apa? Tungguuuuuuu! Sementara tu, anggaplah saya bagi kalian semua satu kelopak setiap seorang. Untuk hujung minggu yang manis, ceria dan gumbira!


Setem Paling Mahal!

Jumaat, Mac 20, 2015

Banyak - banyak setem,...setem apa paling mahal? Chewah! Main teka-teki pula hari Jumaat ni. Saya ni kan philatelist lah kononnya. Sekarang ni, dalam koleksi saya ada sekeping setem berharga. Yang pasti,...


...bukan setem bunga ni!
Ini setem biasa-biasa aja!

Nak tahu?!




Sobremesa

Khamis, Mac 19, 2015

Assalamu'alaikum. Selamat pagi! Dua tiga menjak ni tak dapat bersiaran setiap hari. Jadual dan rutin masih haywire. Alhamdulillah, Cekebon dah discharged. Cuma perlu ulang alik ke hospital a few times untuk rawatan susulan.

Pagi ni nak belanja gambar toasted bagel dan creamcheese. Ni masa sesi sobremesa dengan adik-beradik dan Bott ketika kami dok melabun tunggu ibu kat hospital. Cekebon dah tentu-tentu tak ada selera nak makan. Kitorang pula yang lebih-lebih lapar. Kerja asyik nak isi perut je!

Bagel with creamcheese dalam operasi ternak lemak saya ;)