Clear Stamps Baru untuk Kraf

Selasa, Mac 24, 2015

Clear stamps baru untuk kraf saya. Kedua-dua pek ni produk keluaran POPULAR. Beli sebab rekaannya cantik-cantik! Paling berkenan pek yang sebelah kiri. Ada bendera comel, sentiments (greetings/kata-kata ucapan) pun best! Sesuai sangatlah untuk cardmaking atau buat scrap book. Sekarang ni POPULAR dah rebranding produk kraf mereka. Dahulu guna nama PopArtz (pek sebelah kiri). Sekarang tukar jadi UW. 

Yang tak best tu, seiring dengan pertukaran nama,...harga barangnya dinaikkan sebanyak RM2. Kalau dulu saya beli chip fonts dengan harga RM6.90, sejak tukar kulit ni dah jadi RM8.90. Stamps kat bawah pun. Sebelah kiri RM5.90, kanan RM7.90. Nampaknya sekarang kalau nak shopping barang-barang kraf memang kena tunggu POPULAR buat sale/promotion. Kalau tak berlubang poket acik!


Clear stamps untuk kraf. Maaf gambar tak jelas.

DIY Mudah - Semburan Bunga Mawar (Rose Mist)

Isnin, Mac 23, 2015

Dulu-dulu apabila dapat bunga, saya rajin keringkan. Guna untuk buat penanda buku atau projek kraf. Tak pun saya jadikan potpourri. Sekarang dah malas! Lagipun takut kumpul extra habuk dalam rumah. So, bunga-bunga mawar yang Cekebon dapat masa warded tempoh hari saya asingkan siap-siap. Kali ni kita buat semburan bunga mawar a.k.a rose mist.

Kelopak bunga mawar :)

Mudah saja! Ikut langkah-langkah di bawah:
  1. Leraikan kelopak-kelopak bunga mawar. Bersihkan dan basuh. Kemudian, masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan air. Paras air cukup sekadar menutupi permukaan kelopak-kelopak bunga.
  3. Masak di atas dapur buat seketika. Sebaik sahaja airnya mendidih, padam api dan tutup periuk. Kita tak mahu wap air yang mengandungi bau harum mawar terlepas ke udara ;)
  4. Setelah sejuk, tapis air mawar dan masukkan ke dalam botol penyembur. Sedia untuk digunakan.
Air semburan bunga mawar atau rose mist ni boleh digunakan sebagai face mist. Sembur pada muka untuk segarkan wajah. Boleh juga digunakan untuk sembur pada kusyen, bantal dan tilam. Wangiiiiii!

Gift Ideas - What I Like About You

Ahad, Mac 22, 2015

Salam Ahad! Hari ini saya nak kongsikan satu idea menarik untuk DIY Gift - What I Like About You Notes

Ingat lagi tak sambutan hari lahir Cekengah yang bertemakan media sosial pada awal Mac? (Baca mengenainya di sini.) Salah satu gift yang saya sediakan untuk Cekengah ialah Her33Likes. Mengangkat tema Facebook, di dalam kotak ini mengandungi 33 catatan 'Like' daripada ahli keluarga dan kawan-kawan Cekengah memberitahu apa yang mereka suka tentang Cekengah@Rena @Koyeen@Ida@Cikibam. Minah ni banyak nama timangan! Mengapa 33? Heheheh sebab tahun ini umurnya cecah 33 tahun! (It's a kind of a gentle reminder to you, sis! Umur dah banyak!)

Cekengah's 33 Likes

Maafkan Aku - Ir Radzi (Easy Guitar Chords)

Sabtu, Mac 21, 2015

Entri menunaikan janji. To those who requested for the chords, enjoy! Lagu nyanyian Ir Radzi ni bukan lagu baru. Kembali popular selepas menjadi salah satu lagu latar yang kerap dimainkan dalam drama Teman Lelaki Upahan. Haaa,.. siapa yang follow drama ni akan perasan, kalau scene feeling-feeling je, akan berkumandanglah sama ada lagu Angin Kencang, Noh Hujan (versi akustik) ataupun lagu Maafkan Aku ni :)

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Maafkan Aku - Ir Radzi (Easy Guitar Chords)


(Intro)
Em Am D

G              Am
Telah ku buat
D                      G
Dirimu menangis
Em            Am
Jahat ku jahat
D                       G
Menyakiti hatimu


                    Am      D
Maafkan aku cinta
                      G       Em
Maafkanlah salahku
                               Am   D
Sungguh aku menyesali
                           Dm   G
Telah buatmu terluka


                        Am D
Maafkan aku cinta
                      B7        Em
Jangan kau tinggalkan aku
                          Am
Ku mohon padamu
D                    G
Maafkanlah aku

Am D G

Em           Am
Jahat ku jahat
D                       G
Menyakiti hatimu



                    Am      D
Maafkan aku cinta
                      G       Em
Maafkanlah salahku
                               Am   D
Sungguh aku menyesali
                           Dm   G
Telah buatmu terluka


                        Am D
Maafkan aku cinta
                      B7        Em
Jangan kau tinggalkan aku
                          Am
Ku mohon padamu
D                    G
Maafkanlah aku

 

Am G Em
                             Am    D
Sungguh aku menyesali
                           Dm    G
Telah buatmu terluka


                       Am   D
Maafkan aku cinta
               B7        Em
Ohhh tinggalkan aku
                         Am
Ku mohon padamu
D                    G
Maafkanlah aku
                         Am
Ku mohon padamu
D                     G
Maafkanlah aku