Tamar Cocoa daripada Athirah Diyana

Selasa, Oktober 20, 2015

Hujung Ogos yang lalu, semasa blogwalking ke blog Athirah Diyana, cik adik ni tawarkan 5 Free Sample Tamar Cocoa kepada 5 tukang komen terawal. Alhamdulillah, saya salah seorang daripadanya  =)

Sebenarnya, sudah beberapa minggu saya terima Tamar Cocoa daripada Athirah. Tetapi lambat tulis entri. Ini kali pertama saya cuba Tamar Cocoa. Not bad! Kaya dengan rasa coklat. Campurannya boleh tahan pekat. Yummmyyyy!

Projek malam minggu lepas. Saya perlu siapkan kad dengan tema hitam putih. Setelah difikir-fikir apa hiasan yang sesuai, saya putuskan untuk buat bunga hitam putih menggunakan craft punches yang ada. 

Dua saiz, bunga besar berukuran 7.5cm dan bunga kecil 1.8cm

Merdu Mellifluous

Hari ni kita belajar perkataan baru, OK? Baru-baru ni baca novel, jumpa perkataan mellifluous. Ini antara perkataan yang saya suka (err,..tetapi jarang guna) sebab bagi saya perkataan tu sendiri 'cantik', sedap dan sesuai sangattttt dengan maknanya. Saya sertakan terjemahan google saja ye.


Kakak Warden Besar Hati, Terima Kasih Siti

Isnin, Oktober 19, 2015

Ada apa dengan kakak warden?

Sebenarnya kisah warden ni lebih kepada inside jokes antara CT Roro a.k.a Siti Yang Menaip (SYM), Sis JM, Kanda SS dan saya. Konon-kononnya saya nilah ahkak warden untuk CT Roro. Tak de warden mana pun,.. anak jagaan dah sampai Down Under. Merata dia pergi peluk koala, bertinju dengan kangaroo bagai,.. saya masih kaki kejap melekat kat Malaysia. Belum campur cik adik ni hantar whatsapp, sepuluh hari lepas tu baru saya bukak. Huhuhuh tragis sungguh! Sorry, CT. You know I still love you, rite?

Apa yang buat hati akak warden ni berbunga-bunga adalah apabila tiba-tiba terima sekeping poskad dari luar negara. Yabedabeduuuuuu! Ini poskadnya.

Poskad daripada SYM