Peanut Butter Toast yang Mengenyangkan!
Isnin, November 09, 2015
Assalamu'alaikum. Hari dah petang baru saya berpeluang jengah blog. Belum terlambat lagi nak ucap selamat memulakan minggu baru! Moga minggu ini lebih ceria dan happening. Terima kasih banyak-banyak pada yang telah datang berkunjung sepanjang hujung minggu dan tinggalkan banyaaaakkkkkk komen meskipun saya tiada di tower :) Nantikan kunjungan balas saya ye.
Dah minum petang? Roti bakar di bawah ni sebenarnya lebih sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi, tetapi inilah yang saya mamam untuk minum petang semalam. Pukul 3 lebih perut dah berdengung dan berlubang! Nak buat apa pun tak larat heheheh
Jadi, saya korek peti ais dan buat this simple treat - peanut butter toast with orange and banana slices.


