Kes teringin nak makan aiskrim kopi ni boleh kira cerita basi. Cerita tahun lepas. Entah kenapa teringin sangat nak makan aiskrim perasa kopi. Setiap kali pergi shopping beli barang dapur, mesti akan ke bahagian dingin beku, inspect deretan aiskrim semata-mata nak cari flavour kopi. Nak dijadikan cerita, sikit punya banyak aiskrim yang ada, macam-macam saiz, macam rasa, satu je perasa yang tak ada. KOPI! Sepanjang bulan Disember saya memburu aiskrim kopi saya tetapi tak ada rezeki.
Akhirnya, Bott yang saran suruh buat aiskrim homemade. Ting! Geliga jugak otak si Bott ni. Kenapalah saya tak terfikir? Dah susah-susah cari tak jumpa, kita bikinlah aiskrim kopi sendiri :)
Dalam simpanan saya, ada dua resepi aiskrim homemade yang mudah, easy peasy. Satu menggunakan susu pekat dan ovalette manakala satu lagi menggunakan susu full cream dan Coffeemate. Untuk percubaan yang pertama ni, saya pilih resepi susu + Coffeemate.