Resepi Ikan Pekasam Tumis Kicap

Isnin, Mac 28, 2016

Ikan pekasam memang kegemaran saya. Tetapi, tidak boleh masuk menu selalu sebab Cekebon tak boleh makan. It's a NO-NO untuk dietnya. Faham-faham jelah, bila digoreng baunya menjajah satu rumah. Cekengah yang tengah diet pun boleh cancel dan tukar hari diet jadi cheat day ;)

Kebiasaannya, saya akan goreng ikan rangup-rangup dan goreng bawang bersama cili api (seperti di sini.). Resepi kali ini, kita upgrade sedikit biar sedap berganda. Bahan-bahan yang diperlukan: 2 ekor ikan pekasam, 2 labu bawang besar, beberapa ulas bawang putih, beberapa tangkai cili api (ikut citarasa), beberapa sudu besar kicap makan dan perahan jus limau nipis secukupnya. Oh, jangan lupa, sedikit minyak untuk goreng ikan.

Assalamu'alaikum,

Tidak tahulah kenapa, saya rasa macam extra sibuk sekarang ni. Sibuk dengan kelas, sibuk buat party planning (ada beberapa events yang perlu disediakan props-nya),...sibuk bobok hehehe Blog update selang dua tiga hari. Komen dan blogwalking lagilah,..dapat sentuh usik sikit-sikit sana sini je. 

Entri ini sekadar nak release teaser beberapa tutorial kraf yang akan diterbitkan di tower sekitar hujung Mac dan April. Saya terima beberapa e-mel daripada newbie yang berminat nak buat projek kraf kertas yang simple. Ada juga yang bertanyakan saya tentang kraf/diy mudah yang boleh dijadikan hadiah hari guru (bakal disambut Mei nanti). Dengan keadaan ekonomi sekarang, memang  lebih jimat buat sendiri. Dapat beri kepada lebih ramai guru.

Tolong Pilih Superhero

Khamis, Mac 24, 2016

Assalamu'alaikum,

Hehehe saya nak minta tolong ... sambil kalian lepak santai di tower saya ni, harap kalian boleh bantu saya buat keputusan.

Di bawah ini, aktiviti saya bersama murid-murid Tahun 5 pada awal bulan Mac. Mereka dikehendaki mencipta satu watak superhero mengikut kreativiti masing-masing. Kemudian, mereka perlu senaraikan ciri-ciri dan karakter superhero tersebut. Ini merupakan salah satu cara untuk mereka tingkatkan penguasaan vocabulary. Setiap murid akan fikirkan kata adjektif yang sesuai untuk si superhero dan dengan menggunakan kamus dwibahasa (BM - BI), mereka perlu mencari perkataan tersebut di dalam Bahasa Inggeris. Setelah itu, perkataan-perkataan akan dimasukkan ke dalam MYVI. Apa itu MYVI? Jemput baca di sini. 

Happy Earth Hour 2016

Sabtu, Mac 19, 2016

Assalamu'alaikum,

Hari ini 19 Mac 2016. Kita ada acara Earth Hour. Kebiasaannya sambutan Earth Hour akan diadakan pada Sabtu terakhir bulan Mac, tetapi tahun ini awal seminggu pula.

Earth Hour tahun lepas ;)