Jika sebelum ini saya ada bercerita tentang khasiat minyak kayu putih untuk kurangkan batuk berkahak
(sila baca di sini), hari ni saya nak kongsi satu
home remedy yang boleh dijadikan penawar untuk gatal tekak. Kadang-kadang, apabila kita batuk, tekak akan rasa gatal dan ganggu rutin harian. Nak tidur pun susah! Dengan batuk yang tanpa henti,... rasa gatal merenyam... akan buat kita rasa betul-betul tak selesa!
Cuba petua mudah ini. Ambil sebiji lemon, seketul halia dan madu. Sukatan halia, agak-agaklah biar lebih kurang dengan lemon. Hiris memanjang dua bahan tersebut. Masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan madu hingga cover hirisan-hirisan tadi. Jangan letak terlalu banyak. Gaul sekata. Simpan di dalam peti sejuk. Campuran madu akan menjadi cair sedikit disebabkan jus daripada lemon.
|
Campuran Madu |
Apabila tekak rasa tidak selesa disebabkan batuk, bancuh campuran madu ini (satu sudu besar) dengan secawan air panas. Minum. Jika selalu batuk dan rasa gatal pada malam hari, sediakan minuman ini awal-awal dan letak di sisi katil. Setiap kali batuk, minum air campuran madu ini untuk basahkan tekak. Insya-Allah, rasa gatal akan berkurang dan hilang. Boleh sambung bobok.
Tetapi, jika batuk dan rasa gatal tekak masih berlanjutan, kenalah jumpa tuan doktor. Mungkin tekak kena infection dan perlukan antibiotik :)