Teh Tarik Cupcake | Caramel Eclair | Chilli Hot Choc
Isnin, Jun 27, 2016
Minggu lepas Uje dan Dhila berbuka di rumah. Mereka bawa banyak desserts. Dhila ni sweet tooth orangnya. Bab nak cari manisan sedap sedap, serah jelah kat dia. Selepas berbuka, semua dah kekenyangan tak lalu nak makan pencuci mulut sangat. Makanya, jadi rezeki sayalah!
Kebetulan sepanjang hari tu hujan lebat. Cuaca dingin sangat. Bila dah sejuk, apa lagi,..mulalah perut berlubang. Normally, saya tak biasakan diri makan treats yang manis-manis. Tapi, this time justified-lah konon-kononnya. Sebab nak panaskan badan ;)
Untuk moreh, saya makan Teh Tarik Cupcake. Yummehhhh! The cupcakes were made by one of Dhila's friends. Apa yang unik, kek cawan yang dihasilkan semuanya ada sentuhan citarasa Malaysia! Selain daripada perasa teh tarik, ada cupcake perasa cendol, onde-onde Melaka,...Bukan main excited lagi saya cuba rasa itu sikit ini sikit...
Sambal Berlada Terung Bakar
Ahad, Jun 26, 2016
Hidangan terung sememangnya menjadi salah satu hidangan kegemaran keluarga saya. Tak kisahlah masak macam mana. Buat sambal ke, buat kari, rebus begitu sahaja dan cicah dengan budu atau sambal belacan and even buat sandwich terung.
Hari ini satu lagi resepi berasaskan terung, Sambal Berlada Terung Bakar.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk Sambal Berlada Terung Bakar:
- 3 biji terung bulat (Nak guna terung biasa pun tak mengapa)
- 10 - 12 tangkai cili merah (Buang biji dan ditumbuk kasar. Jika malas nak tumbuk, kisar dengan blender je. Air jangan banyak sangat.)
- 1 - 2 labu bawang besar (Dihiris bulat-bulat)
- 2 keping asam keping
- Minyak masak secukupnya
- Garam mengikut citarasa
Brokoli Bakar
Sabtu, Jun 25, 2016
Satu resepi yang mudah dan sihat. Lebih kurang seperti resepi Kubis Bunga Panggang dan Kubis Bunga Paprika.
Brokoli Bakar |
Langgan:
Catatan
(
Atom
)