Khai Bahar - Bayang (Easy Guitar Chords)
Ahad, Julai 31, 2016
Siapa yang suka berkarok dengan aplikasi Smule, mesti kenal dengan Khai Bahar kan? Khai ni dah dikira Raja Smule. Famous bebenor! Disunting oleh NAR Records untuk jadi artis rakaman, sekarang ni dah released single - BAYANG. Nah, pagi-pagi Ahad ni, saya belanja chords lagu Bayang nyanyian Khai. Selamat petik gitar. Selamat bernyanyi!
Kord Gitar dan Lirik Lagu Khai Bahar - Bayang
(Intro)
Em G D
Em Am D
Em D
Lubuk hati yang terdalam
C D
dihuni rindu menjalar
Em D
jarak terus memisahkan
C D
tapi hati
Hadiah Friendship Day untuk Bott di Printcious
Sabtu, Julai 30, 2016
Saya nak tanya satu perkara. Kalian familiar tak dengan personalised gifts? Personalised gifts ni sebenarnya hadiah yang dibuat/dihasilkan istimewa dan khusus untuk seseorang. Contohnya kalau bagi gelang, ada engrave nama si penerima. Beri mug yang ada gambar atau kata-kata yang ditujukan kepadanya. Ada banyak jenis personalised gifts sebenarnya. Siapa yang tak suka terima personalised gifts? Betul tak? Si penerima akan rasa lebih dihargai. Lebih dekat dengan si pemberi.
Baru-baru ini, saya berbual dengan seorang kenalan yang sedang berusaha menyediakan hadiah kejutan untuk suaminya.
"Akak ni tak berseni macam kau. Keinginan nak buat personalised gifts tu memang ada, tapi tak ada masa. Lagi satu, kalau tak jadi mesti kecewa bertingkat-tingkat!"
Nak Paksa Anak Pandai Karangan
Jumaat, Julai 29, 2016
Sepanjang lebih sedekad saya buka kelas bantuan belajar, subjek bahasa merupakan kelemahan utama pelajar-pelajar. Satu, dek kerana sikap sendiri yang menganggap bahasa itu mudah. Ambil lewa jelah. "Kita kan tiap-tiap hari cakap BM, tak kanlah tak boleh score!" Itu baru 'omelan yakin' si anak. Jangan terkejut jika ada parents yang share the same view! Ada ibu bapa yang hantar anak kepada saya memilih untuk tidak mengambil subjek bahasa. "BI dengan BM tu dia boleh belajar di rumah!" Sedangkan apabila saya melihat keputusan peperiksaan si anak, setara lemahnya dengan subjek Sains dan Matematik. Malah, BM yang 'boleh belajar di rumah' itu pun grednya bukan B, bukan C, tetapi GAGAL.
Dua, anak-anak ini tiada budaya membaca. Generasi gajetlah katakan. Kurang membaca, maka kuranglah kemahiran nak menghasilkan ayat. Penulisan atau Essay dah ibarat satu beban buat mereka.
Hari ini saya nak kongsi pengalaman saya mengatasi masalah ini. Berkesan untuk semua peringkat baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Memandangkan kita tidak boleh paksa mereka membaca (walaupun ada Program Nilam di sekolah), kita paksa mereka baca contoh karangan supaya boleh hasilkan karangan yang baik.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)