DIY Bingkai Hari Lahir | Birthday Frame
Jumaat, Februari 03, 2017
Idea buat birthday frame sebagai menggantikan kad hari lahir ni datang apabila saya pergi shopping di IKEA. Pergi kat bahagian frame sebab ada projek party planning. Puaslah saya membelek pelbagai jenis bingkai yang dijual di sana. Mahal, murah, plain, cantik berukir,...pilih sahaja mana yang berkenan.
Then, I came across LIMHALL frame. Tak silap saya harganya hanya RM2.90/sebuah. Saiz just nice. Sedang-sedang aja. Masa nilah terfikir, why not,..instead of buat kad hari lahir, kita buat bingkai hari lahir. Selain berfungsi sebagai kad ucapan, boleh juga jadi hiasan. Adalah kelainan sedikit 😁
Untuk buat birthday frame, boleh dikatakan bahan utama yang diperlukan HANYA frame gambar. Selebihnya, bergantung pada kalian nak hias bingkai tersebut mengikut tema/barang-barang yang ada.
Seperti di bawah ini, saya nak buat ala-ala buntings + ala -ala memo board. Jadi, saya sediakanlah bahan-bahan berkenaan yang dirasakan sesuai (yang ada dalam stok barang-barang kraf saya).