Resepi Air Fryer - Sayur Campur Honey BBQ
Selasa, Februari 28, 2017
*This is a scheduled entry. I'm away until end of March.
Psstt! Jika tiada sos BBQ, boleh juga gantikan dengan sos lada hitam. Nak lagi senang? Dapatkan je Honey BBQ Sauce yang ready-made di pasaran. 🙂
Siapa yang suka hidangan sayur campur? Sebelum ini, saya pernah kongsi resepinya di sini. Hari ini, satu variasi sayur campur untuk kalian - Sayur Campur Honey BBQ. Rasanya manis-manis gitu! Untuk pilihan sayur-sayuran, ikutlah citarasa kalian hendak letak/guna apa. Resepi kali ini, saya hanya guna brokoli, lobak merah dan lada benggala hijau. Boleh juga dimasukkan kubis bunga, kacang peas, kacang buncis dan jagung kecil. Dah nama pun sayur campur kan,...campurkan aja ikut selera! 😀
Apa yang berbeza ialah penyediaan kuahnya. Jika sayur campur biasa kita gunakan sos tiram, sayur campur yang ini kita gunakan sos BBQ dan madu. Apa yang diperlukan:- Lobak merah, brokoli, lada benggala yang telah dibasuh, dibersihkan dan dipotong, 3 ulas bawang putih dihiris halus, 2 - 3 sudu besar, sos BBQ dan 1 sudu besar madu.
Saya masak sayur ni guna airfryer. Jadi, apa yang saya buat ialah campurkan kedua-dua sos BBQ dan madu hingga sekata. Setelah itu, gaulkan pada sayur-sayur yang telah dipotong tadi. Saya masukkan sayur-sayuran di dalam aluminium foil (kerajang aluminium) dan bungkus (macam nak bakar ikan tu) supaya tidak menjadi kering sesudah dimasak. Masak di dalam airfyer pada suhu 180-200 darjah celcius selama 15 - 20 minit. Siap!
Alternatively, jika hendak memasak menggunakan kaedah biasa, panaskan satu sudu besar minyak dan tumis bawang putih terlebih dahulu sehingga naik bau. Sesudah itu, masukkan sayur-sayuran diikuti dengan sos BBQ dan madu. Letakkan sedikit air jika sos terlalu pekat dan inginkan lebih kuah. Biarkan seketika di atas dapur sehingga sayur lembut.
Selamat Mencuba!
Psstt! Jika tiada sos BBQ, boleh juga gantikan dengan sos lada hitam. Nak lagi senang? Dapatkan je Honey BBQ Sauce yang ready-made di pasaran. 🙂