Resepi Ikan Masak Taucu
Isnin, Jun 05, 2017
Ikan masak taucu ini antara hidangan kegemaran berbuka puasa di rumah. Yelah, rasa masam-masam masinnya tu membuka selera. Memang akan bertambah nasi kalau makan. 😆
Resepi Ikan Masak Taucu
Nak sediakan ikan masak taucu ini mudah sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan: Ikan (terpulang nak guna ikan apa,..kembung, merah, tenggiri pun boleh), dua labu bawang besar, beberapa ulas bawang putih, dua sudu besar taucu, beberapa batang cili hijau atau jika suka pedas, guna cili api, satu keping asam keping dan sedikit minyak masak untuk menumis dan menggoreng ikan. Oh, jangan lupa serbuk kunyit dan garam secukupnya untuk perap ikan sebelum digoreng.