Cara Buat Huruf Blok 4 x 7
Jumaat, Disember 22, 2017
Pernah dengar tentang huruf blok? Biasanya orang panggil huruf tiga lima (3 X 5). Ada yang terimbau kenangan buat huruf blok waktu sekolah dulu-dulu? Saya semasa di sekolah menengah pelajar art stream dan memang ambil subjek Pendidikan Seni. Bukan pandai sangat pun bab-bab seni ni. Tetapi nak cukupkan 9 subjek untuk SPM punya pasal heheheh. Jadi, familiar jugalah dengan huruf blok. Terutama sekali kalau buat tugasan poster. Mahu tidak mahu kena tahu cara-cara buat huruf blok. Senang untuk reka letak tulisan pada poster.
Sebelum ini, saya pernah tulis entri berkenaan huruf 3 X 5 dan cara-cara nak membuatnya. Sebenarnya 3 dan 5 merujuk kepada bilangan kotak yang kita gunakan untuk buat huruf. Dengan adanya kotak-kotak ini, lebih seragamlah huruf blok yang dihasilkan. Jemput baca mengenainya di sini - Cara Buat Huruf Blok 3 x 5
Selain ukuran 3 X 5, kita turut boleh membuat huruf blok dengan ukuran 4 X 7. Di bawah ini saya sertakan gambar sebagai panduan. Setiap huruf menggunakan 4 kotak melintang atau mendatar dan 7 kotak menegak kecuali huruf M dan W.