Kord Racun Rindu - Sharul Kamal (Easy Chords)

Rabu, Januari 24, 2018

Lagu Racun Rindu ini merupakan single terbaru daripada Sharul Kamal. Sharul ini salah seorang pelajar AF 2015, tak silap saya saing-saing Syamel dan Bila. Masa mula-mula dengar lagu ini saya pun tak dapat nak relate Sharul mana. Tambahan pula dia guna nama Sharul Kamal. Sekarang ni macam dah jadi trend pula anak-anak muda jadi penyanyi pakai nama dua patah - Ariff Bahran, Tajul Arif, Isa Khan, As'ad Motawh, Yazid Izaham...dan ramai lagilah! Penyanyi sekarang terlalu ramai. Rasa macam setiap satu jam ada peyanyi baru hehehe.

Di bawah ini, kord gitar mudah lagu Racun Rindu. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu Racun Rindu - Sharul Kamal (Easy Chords)

Komposer - Aepul Roza, Syed Syahmir dan Daus SRK




(Intro)
Am Em Dm E


   Am                    Em
Racun rindu ini perlahan memburu hati
   Dm                          Am
Menyesak dadaku tersekat nafasku
   Dm                                 C
Aku yang terus pilu menanggung kepedihan
   Dm                                        E
Menusuk relung hatiku beban perpisahan

Resepi Tapai Goreng

Rabu, Januari 17, 2018

Siapa suka makan tapai? Pernah makan tapai goreng atau tidak? Saya memang suka makan tapai. Tidak kiralah tapai apa. Tapai ubi kayu ke, tapai pulut ke ... kedua-duanya saya gemar. Cuma sekarang lebih cenderung makan tapai ubi berbanding pulut sebab tidak suka yang manis sangat. Selain daripada makan begitu sahaja, saya juga paling suka kalau waktu cuaca panas terik dapat nikmati semangkuk cendol tapai pulut. Lagi satu, makan tapai ubi dengan aiskrim. Yummeh! Tak pasal-pasal terliur sendiri sambil menulis entri ini.

Tetapi, tapai goreng memang saya tidak berpeluang rasa langsung sebelum ini. Biasa dengar dan baca mengenai tapai goreng. Tapai goreng ni popular di sekitar Pantai Timur. Dekat KL memang susah sedikitlah nak jumpa. Dah lama teringin nak buat. Masalahnya setiap kali saya beli tapai, tak sempat nak goreng. Tahu-tahu habis! Jadi, baru-baru ini memang sengaja beli tapai ubi kayu extra. Separuh diasingkan siap-siap untuk dibuat tapai goreng.

Percubaan Pertama Buat Tapai Goreng

Inilah tapai goreng percubaan kali pertama saya. Resepi ini saya olah sendiri. Ada macam-macam versi resepi tapai goreng - ada yang guna tepung beras sahaja, ada yang guna kapur makan. Saya buat bater adunan yang paling mudah, kemudian letak hirisan daun sup untuk aroma dan rasa yang lebih umphhh!

Tapai ubi goreng

VersaMarker untuk Heat Embossing

Jumaat, Januari 12, 2018

Assalamu'alaikum,

Hari ini saya ingin cerita tentang satu lagi peralatan kraf - VersaMarker Pen. Pen yang sangat berguna jika kita mahu buat heat embossing. Apa itu heat embossing? Baca lebih lanjut di sini dan di siniDalam dua entri saya mengenai heat embossing ini, saya telah jelaskan apa itu heat embossing dan tunjukkan bagaimana caranya menghasilkan teknik embossed.


OK. Berbalik kepada pen, VersaMarker ini sama fungsinya seperti embossing stamping pad. Embossing stamping pad perlu digunakan dengan stamps (cop/clear stamps/rubber stamps/cling stamps.)  Pilih stamp yang berkenan, misalnya Happy Birthday, Happy Day dan Love. Tekapkan pada embossing stamping pad dan tekan rata-rata pada permukaan kad. Setelah itu, taburkan embossing powder, halakan heat tool/gun pada bahagian tersebut sehingga embossing powder cair dan membentuk tulisan/cetakan yang timbul.

Resepi Jering Goreng

Rabu, Januari 10, 2018

Jering memang kegemaran saya. Lagi-lagi jering tua. Saya suka rasanya yang macam biji buah cempedak. Tetapi, menu jering ini hanya muncul once in a blue moon je di rumah. Jarang-jarang sebab jering, petai tidak sesuai untuk orang-orang yang mengamalkan low potassium diet. Cekebon tidak boleh makan. Kasihan pula kalau dia pandang sahaja. Jadi, semasa ketiadaan Cekebon lah, (tika bermalam rumah Uje ke, bercuti dengan Cekengah ke...) baru saya makan jering. Itupun jika jumpa jering kat kedai.

Hidangan jering saya jenis yang simple sahaja. Yang penting ada cili, biar rasa pedas-pedas sedikit dan ada ikan bilis rangup. Kadang-kadang, saya rebus terlebih dahulu jering tua, kemudian cicah budu, makan dengan nasi panas. Nyummmm nyummmmm! Tidak pun, setelah direbus saya goreng sebentar dan ratah begitu sahaja. Sedapppppp! OK, jom tengok resepi mudah jering goreng versi saya.


Resepi Jering Goreng