Jering memang kegemaran saya. Lagi-lagi jering tua. Saya suka rasanya yang macam biji buah cempedak. Tetapi, menu jering ini hanya muncul once in a blue moon je di rumah. Jarang-jarang sebab jering, petai tidak sesuai untuk orang-orang yang mengamalkan low potassium diet. Cekebon tidak boleh makan. Kasihan pula kalau dia pandang sahaja. Jadi, semasa ketiadaan Cekebon lah, (tika bermalam rumah Uje ke, bercuti dengan Cekengah ke...) baru saya makan jering. Itupun jika jumpa jering kat kedai.
Hidangan jering saya jenis yang simple sahaja. Yang penting ada cili, biar rasa pedas-pedas sedikit dan ada ikan bilis rangup. Kadang-kadang, saya rebus terlebih dahulu jering tua, kemudian cicah budu, makan dengan nasi panas. Nyummmm nyummmmm! Tidak pun, setelah direbus saya goreng sebentar dan ratah begitu sahaja. Sedapppppp! OK, jom tengok resepi mudah jering goreng versi saya.
Resepi Jering Goreng
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Jering tua yang telah dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong.
- Segenggam kecil ikan bilis, dibersihkan dan dicuci. Hidangan kali ini saya guna ikan bilis Jepun yang sudah siap digoreng.
- Satu labu bawang besar dihiris bulat-bulat.
- Beberapa tangkai cili api dihiris halus atau ditumbuk. Terpulang pada cita rasa. Jika tidak mahu pedas, tidak perlu letak cili api. Tukar dengan hirisan cili merah pun OK.
- Beberapa sudu kicap manis
- Sedikit perahan jus limau kasturi
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis dan menggoreng.
Langkah-langkah penyediaan:
- Rebus jering tua yang telah dibersihkan dan dipotong. Sesetengah orang akan terus goreng jering tua. Saya lebih suka seandainya jering direbus terlebih dahulu. Setelah empuk, jering diangkat dan ditus sebentar. Barulah digoreng seketika. Angkat dan ketepikan.
- Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak menggoreng tadi. Tinggalkan lebih kurang beberapa sudu besar sahaja. Boleh juga minyak masak yang baru.
- Tumis hirisan bawang besar hingga naik bau. Seterusnya, masukkan hirisan cili api.
- Masukkan jering dan ikan bilis yang telah digoreng diikuti dengan kicap manis, jus limau kasturi dan perasakan dengan garam.
- Sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba!
Psstt! Minggu ini tak sempat nak blogwalking. Sibuk sikit. Insya-Allah, nanti saya balas kunjungan kalian ye.
sedap akak pun suka jering tua yang digoreng kadang rasa macam kacang badam pun ye jugak hahaha melampau tak
BalasPadamHahaha ini memang sah pencinta jering :)
Padamalamak! yg x mkn jering ni cuma mampu tgk je ;-)
BalasPadamOh ok ok. Intai dari jauh ye :)
Padamgood sharing !
BalasPadam:) :) :)
Padamdah lama tak makan jering rebus cicah nyiur... jering goreng tak pernah cuba lak... apa pun nice sharing....
BalasPadamUishhh jering rebus dengan kelapa pun sedap tuh!
Padamperghhhh.. pas makan jering kentut bau jering gak kan..hehe gurau :p
BalasPadamhahaha kalau makan jering tak leh gi dating ;)
PadamSaya makan jering. Bila habis baca ni teringin nak masak. Tapi rasa malas pertama memang belum pernah masak. Goreng telur adalah se kali sekala. Ke dua berbaloi kevkalau masak tapi makan saya sorang je?
BalasPadamhebat kak Farrah. masak western pandai, jering pun makan. untung siapa duduk serumah
BalasPadamGV selalu tgk jering wat ulam. Okey juga tu Jering goreng kan kak Farah. Tapi GV tak makan jering,. My parents makan, huhu.
BalasPadamjering pun tak penah makan.. heee.. petai selalu laaa
BalasPadamaida lom pernah try makan jering, farrah.
BalasPadamtgk aje mak abah makan. memang feveret mak abah.
ada sorang member ni, org pahang.
dia memang antu makan jering. kalau update fb, selang sehari mesti gambo tgh makan and lauk nyer ada jering :)
ok ni ayu tolak tepi
BalasPadam