Assalamu'alaikum,
Kita dah masuk minggu ke-2 untuk tahun 2018. Memandangkan sekarang ni musim durian dan ngaku, saya nak ajak kalian buat kerepek. Kerepek biji durian dan kerepek ngaku. Kedua-duanya rangup berlemak dan sedap dimakan.
Kerepek Ngaku
Kerepek Ngaku (Arrowhead Root Chips) |
Ngaku atau arrowhead root ini biasanya jumpa setahun sekali je. Around this time of the year sehinggalah ke Tahun Baru Cina, kita akan nampak ngaku dan kerepek ngaku banyak dijual di kedai dan pasar raya. Malah kerepek ngaku memang menjadi antara snek pilihan yang popular sepanjang keraian ini.
Kredit |
Inilah rupa akar ngaku atau arrowhead root. Selain daripada dijadikan kerepek (chips), ngaku juga digunakan dalam hidangan seperti sup dan kari. Jika pergi ke pasar raya besar seperti Tesco atau Giant, bahagian jual ngaku memang selalu kena kerumun. Saya dahulu, semasa tidak kenal ngaku rasa pelik lihat orang berebut-rebut beli 'sengkuang cina besar'. Setelah berpeluang rasa kerepek ngaku dan jatuh cinta pada keenakannya, saya pun terjebak sama! Hihihi. Insya-Allah, hujung minggu nanti nak keluar pergi cari ngaku.
Ingin cuba buat kerepek ngaku? Kalau buat sendiri banyak sikit dapat berbanding yang kita beli siap. Barulah puas makan 😀 Saya sertakan Resepi Kerepek Ngaku di sini.
Kerepek Biji Durian
Kerepek Biji Durian |
Kerepek biji durian pun tidak kurang sedapnya tau. Bagi yang gemar makan durian, apa kata kumpul biji ulas durian yang telah dimakan. Kita boleh buat kerepek biji durian. Rasanya lemak-lemak. Lebih kurang seperti kerepek ubi. Orang yang tidak suka makan durian pun boleh nikmati kerepek ini. Jangan risau, tak ada bau durian.
Saya dan keluarga meriah juga rezeki durian belakangan ini. Dua minggu lepas, berpeluang merasa Musang King dan Udang Merah. Semalam dapat makan durian kampung dan tembaga. Antara kami tiga beradik, saya paling kurang makan durian berbanding Cekengah dan Uje. Suka, bukannya tak suka. Cuma saya tak pandai makan banyaklah. Kiranya kalau bawa saya pergi buffet makan durian sampai puas atau kenduri durian memang tak berbaloi. 😝
Disebabkan semalam kami berkumpul satu keluarga makan durian, dapatlah kumpul biji-biji durian untuk dibuat kerepek. Sekarang tengah rendam biji-biji tu. Oh ya, untuk resepi dan cara-cara membuat kerepek biji durian, intai entri saya di sini ye.
Selamat Mencuba! Selamat Goreng Kerepek!
laa ni durian da mahal apatah lg nk buat kerepek biji durian sob sob
BalasPadammahal lagi coutinho..haha.
PadamOk akak kena study pasal bola jap sebelum jawab komen ni.
PadamBetul, Coutinho lagi mahal hahahaha
mahal lg neymar ke PSG hahahaha
Padamkerepk biji durian first time dengar. keropok ngaku tu memang legend kat blog ni.hehe
BalasPadamKihkihkih tiap tahun ngaku keluar kat blog ni kan,...nampak benor pelahap tuannya :)
Padamdkt2 tahun baru cina, byk jual ngaku...
BalasPadamMasa ni jelah pun nak jumpa ngaku, kak. :)
PadamTak pernah dengar pasal kerepek biji durian ni. Kerepek ngaku tu dah pernah baca kat blog kak Farrah ni :D
BalasPadamOK, kali ni tambah kerepek biji durian pula. Tahun depan, bila musim durian akak up lagi cerita kerepek biji durian heheehe
Padampenah buat dulu tapi tak jadi. tapi tak jdi pun sedap gak
BalasPadamkerepek ngaku tu nampak best na... saya penggemar jajan :)
BalasPadamakak baru dgr kerepek biji durian... wah... bgs ni...
BalasPadamSalam kak,harap sihat2 selalu ya. Sekarang musim hujan. Sejuk. 😅
BalasPadamKita kan asal nak CNY mesti teringat post akak dulu yg ada resepi cara nak buat kerepek Ngaku. Sbb tercari2 Ngaku tu dkt econsave. Mahal eh.. 😭
Tak ngaku kita cari bunga kekwa kerig sbb nak buat teh bunga.
1st time GV baca ada kerepek biji durian. Mmg unik tu kak. Hihi. :D
BalasPadamayu start tau ngaku sbb kak farrah.. ritu jmp kt tessco terigt kt kak farrah..
BalasPadamtapi adakaj sy rajin untuk jadikannye kerepek??